Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom February 17, 2020 @ 3:02pm

Serpihan kaca di kaki masih berbisa? Kulit pisang mampu merawatnya!

Pisang antara buah tempatan yang menjadi pilihan ramai kerana senang dinikmati dan rasanya yang enak, namun ramai tidak mengambil endah mengenai khasiat ataupun manfaat kulit pisang. Kalau ada pun, hanya wanita sahaja yang menggunakan kulit pisang untuk tujuan kecantikan.

Hakikatnya, pisang cukup terkenal sebagai makanan pembekal tenaga dan boleh dimasak dalam pelbagai hidangan misalnya gulai, kuih-muih, jemput-jemput dan kek, begitu juga dengan kulit pisang mempunyai yabg manfaat tersendiri.

Antara kebaikannya, kulit pisang mempunyai khasiat luar biasa untuk merawat kulit wajah. Selain mengandungi vitamin C, B kompleks, Sorotin, mineral, karbohidrat, protein dan serat, kulit pisang juga baik untuk melancarkan fungsi otak.

Menariknya, ia mempunyai ciri-ciri menghasilkan antibiotik yang berperanan mengatasi pelbagai masalah kulit termasuk menguatkan gigi.

Ingin tahu bagaimana caranya merawat masalah kulit dan rawatan yang lainnya, teruskan membaca!

Foto: Jawa Pos

1. Merawat masalah kulit

a. Jerawat degil – Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat antaranya dapat meredakan masalah kulit radang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu.

Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang

Caranya: Gosok kulit pisang pada wajah sehingga warna kulit menjadi hitam. Ulang proses sama selama 10 minit. Biarkan sisa-sisa kulit pisang melekat pada wajah untuk satu malam. Keesokannya cuci wajah anda dengan air bersih dan lap.

Proses ini perlu diulang secara kerap untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan.

b. Hilangkan kedutan – Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa melekit, anda boleh biarkannya anggaran 30 hingga 45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan kesan optimum.

2. Pemutih gigi

Kulit pisang masak sangat kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangi kesan kuning pada gigi.

Caranya: Dengan menggunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan berputar. Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi dapat dilihat apabila anda mempraktikkan rutin ini secara kerap untuk dua minggu atau lebih.

Namun begitu, pastikan anda menggosok gigi terlebih dahulu!

3. Menghindarkan sakit kepala

Daun pisang juga boleh digunakan untuk merawat sakit kepala atau migrain. Anda hanya perlu meletakkan kulit pisang pada dahi dan di belakang leher. Zat kalium yang terkandung dalam kulit pisang membantu meringankan rasa sakit kepala.

Caranya: Masukkan kulit pisang ke dalam bahagian penyejuk beku  selama satu jam. Apabila perlu, gosok kulit pisang itu dengan lembut dan letakkan sebaris kulit ke dahi anda dan satu lagi pada belakang leher anda. Biarkan hingga menjadi hangat. Ulang lagi jika masih rasa sakit kepala.

Foto: Nikita

4. Kulit gatal dan ruam

Kulit pisang memiliki kemampuan untuk mengurangkan gatal-gatal pada kulit, kesan bengkak kemerahan dan kesan parut

Caranya: Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal.

5. Pembersih perak

Jika anda mempunyai barangan berasaskan perak di rumah yang mulai kusam dan tidak lagi berkilau, kulit pisang boleh digunakan dengan menggosok barangan itu sehingga kembali berkilauan. Zat potassium yang terkandung pada bahagian dalam kulit pisang mampu membersihkan peralatan atau perhiasan logam.

Caranya: Ambil kulit pisang dan letakkan dalam blender/pengisar. Tambahkan setengah cawan air dan kisar sehingga menjadi pes. Gosokkan barangan perak korang dengan pes ni selama beberapa minit

6. Menarik serpihan kaca

Selain untuk logam, kulit pisang juga memiliki ‘keajaiban’ yang lain, iaitu membersihkan serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit. Eh, biar betul?

Kajian mendapati kulit pisang kaya dengan enzim yang mempunyai tindakan menarik dan mampu menarik subjek asing yang termasuk atau tercucuk ke permukaan kulit kita.

Caranya: Sapukan kulit pisang masak ke kawasan yang terkena tu dan kemudian biarkan selama 15 minit. Buang dengan lembut tanpa menggosokkannya pada kulit. Kemudian tanggalkan serpihannya.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Acara Thu, 28 Nov 2019
Oh Lawa Wed, 2 May 2018

4 Tip Menggayakan Jumpsuit Untuk Wanita Berhijab. Pasti Stailo!

Teringin nak pakai jumpsuit tapi tak berani? Ikuti 4 tip ini.

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Trik Mudah Untuk Buat Bulu Mata Nampak Lebat

Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal bersepah di pasaran. 

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Kalau pakai sabun saja, tak semestinya semua kotoran akan hilang.

Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

Labur RM1 Juta Untuk Kecantikan Demi Peroleh Wajah Seperti Patung Barbie? Wow Dahsyat!

Obsesi Bella pada kecantikan, berputik sedari usia remaja!

error: Content is protected !!