Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar February 28, 2020 @ 2:55pm

Kaca mata hitam bingkai besar serlah gaya wanita kontemporari

Sebelum ini, kaca mata hitam bersaiz kecil dan sederhana sering menjadi pilihan, namun sejak kebelakangan ini kaca mata hitam bersaiz besar ilham retro kembali popular.

Jika anda penggemar fesyen yang sentiasa mengikuti gaya terkini, lupakan saja kaca mata hitam lama yang comel itu. Tetapi jangan dibuang, mungkin satu hari nanti kembali popular!

Jenama denim popular, Levi’s juga tidak ketinggalan apabila turut memperkenalkan rekaan kaca mata hitam saiz besar yang didatangkan dalam pelbagai bentuk.

David bergambar bersama-sama peragawati dan peragawan yang menggayakan Koleksi Kaca Mata Levi’s Musim Bunga 2020. Gambar NSTP/Jim.

Pengarah Kanan Safilo Asia Pacific, David Pearson, berkata koleksi khusus untuk Musim Bunga 2020 itu dihasilkan dengan mengambil kira cita rasa generasi muda yang menggemari gaya sederhana, tetapi moden.

“Levi’s lebih terkenal dengan denim, namun bersesuaian dengan peredaran masa jenama ini turut menghasilkan segmen kaca mata menerusi kerjasama dengan Kumpulan Safilo Asia Pacific

“Bagi Koleksi Kaca Mata Levi’s Musim Bunga 2020, rekaan tetap disesuaikan dengan konsep Levi’s yang terkenal dengan rekaan ranggi dan moden, namun diberi sentuhan futuristik dan progresif,” katanya ketika mencarkan Koleksi Kaca Mata Levi’s Musim Bunga 2020 di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bingkai heksagonal dengan lensa jingga keemasan daripada Koleksi Kaca Mata Levi’s Musim Bunga 2020 sesuai untuk wanita kontemporari. Gambar NSTP/Jim

Koleksi baharu itu merangkumi 16 kaca mata hitam dan 19 bingkai optikal. Tidak kira bentuk bingkai bulat, berpetak, heksagonal mahupun oval semuanya boleh didapati dalam saiz besar.

Bagi menepati konsep jenama itu, lensa didatangkan dalam warna yang sinonim dengan denim Levi’s seperti rona biru, kuning atau jingga keemasan, coklat, kelabu dan tentunya hitam klasik.

 

Kaca mata hitam klasik dengan rekaan retro daripada Koleksi Kaca Mata Levi’s Musim Bunga 2020 ini antara yang popular. Gambar NSTP/Jim

Koleksi Kaca Mata Musim Bunga 2020 Levi’s dibahagikan pada dua gaya, iaitu Koleksi Bermusim (Seasonal Collection) khusus untuk generasi Z dan Koleksi Ikon Sepanjang Zaman (The Timeless Icon Collection).

Koleksi Bermusim menampilkan model The Edgy Shield, LV 1001/S, bingkai besi, kaca mata uniseks bingkai geometri LV 1004/S, kaca mata berpetak LV 1007/S, kaca mata bingkai geometri LV 1009 dan bingkai maskulin LV 1006.

Koleksi Bermusim (Seasonal Collection) khusus untuk generasi Z dan Koleksi Ikon Sepanjang Zaman (The Timeless Icon Collection). Gambar NSTP/Jim

Bagi yang inginkan gaya sepanjang zaman, terdapat lima rekaan iaitu kaca mata berilhamkan gaya kupu-kupu LV 5006/S, kaca mata karavan yang maskulin LV 5001/S, bingkai optikal plastik, kaca mata runcing LV 10003/S, kaca mata penerbangan LV 1000 dan bingkai biasa yang digemari ramai LV 5002 serta LV 50003.

Mungkin harganya sedikit mahal, namun bak kata orang alah membeli, menang memakai! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Feb 2024
Featured Sat, 17 Dec 2022

Muncul Dengan Single Baby Papa, Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu berjudul Baby Papa. Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada Julai 2022. Rezeki menyebelahi […]

Featured Mon, 18 May 2026

Penampilan Eksklusif Nathalie Holscher Jadi Tarikan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Julai Ini

Radja kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, ‘Konsert Revolusi Radja 25 Tahun’ yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai depan.

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Fri, 24 Apr 2026

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

Featured Thu, 7 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Sebagai anak seni dia juga terkesan dengan kontroversi yang timbul sekaligus menitipkan pesana baut Fazura.

error: Content is protected !!