Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 14, 2020 @ 4:36pm

Roti lasagna, resipi paling mudah tapi sedap menyelerakan!

Alamak! Roti masih banyak, tapi dah hampir tamat tarikh tempoh. Jangan bazir dengan membuang roti kerana anda boleh buat resipi roti lasagna yang mudah dan sedap. Lasagna ialah masakan Itali yang digemari ramai, namun biasanya dibuat menggunakan pasta petak besar khusus untuk lasagna.

Resipi yang dikongsi suri rumah, Nazatul Fairuz daripada Buat Orang Lapo itu menggunakan ketuhar, tapi jangan risau bagi yang tiada ketuhar di rumah kerana resipi ini boleh dimasak menggunakan kuali biasa di atas dapur gas.

resipi roti lasagna sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Caranya cuma lapikkan roti dua lapis sahaja dan letakkan di atas non-stick pan atau kuali tidak melekat serta masak di atas dapur menggunakan api kecil. Tutup kuali supaya roti masak sekata.

Jika tidak mempunyai kuali tidak melekat, boleh letak sedikit minyak supaya roti tidak melekat pada kuali. Satu lagi kaedah lain jika tidak mahu menggunakan minyak, boleh balut roti dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali seperti biasa.

Selain roti putih, anda juga boleh menggunakan roti gandum penuh (wholemeal), roti gandum tulen (wheatmeal) dan sebagainya.

Bahan yang diperlukan:

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
400 gram daging cincang
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan sayur campuran
Garam
Gula
Serbuk lada hitam
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
Roti
Keju (mengikut cita rasa dan pilihan anda)

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. (boleh tumis sekali dengan cili padi atau cili kering kisar, jika hendak pedas)
2. Seterusnya, masukkan daging cincang. Kacau dan biarkan sehingga daging masak.
3. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan juga serbuk lada hitam.
5. Masukkan juga sayur campur dan kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
6. Pukul telur sedikit dan campurkan dengan susu segar.
7. Celup roti ke dalam telur dan susun di dalam loyang. (sapukan sedikit keju atau marjerin di atas loyang untuk elak roti melekat)
8. Ratakan daging yang telah dimasak tadi di atas roti dan taburkan keju secukupnya.
9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis.
10. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c. Bakar selama 30 minit sehingga masak bergantung pada ketuhar masing-masing.

resipi roti lasagna sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Roti lasagna siap untuk dinikmati. Golongan ibu tidak perlu lagi risau nak masak apa hujung minggu ini atau ketika musim cuti persekolahan yang dah pun bermula. Anak-anak pasti suka, selamat mencuba!

Rujuk video di bawah untuk resipi roti lasagna yang lebih jelas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Sebelum Melancong Ke Tokyo, Belajar Dulu Tentang Etika Dan Budaya Orang Jepun

Mereka terkenal dengan budaya sopan, jadi apa salahnya kalau kita hormati gaya hidup mereka bila kita di sana?

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Sat, 25 Apr 2020
Eat Travel Mon, 23 Sep 2019

Bilik suite bertemakan biskut ini pasti menaikkan selera anda untuk bercuti!

Biskut coklat simbol komitmen resort DoubleTree Phuket Bhantai

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

error: Content is protected !!