Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops April 3, 2020 @ 5:03pm

Hilang rasa cinta? Ketahui punca dan cara mewujudkannya semula

Setiap individu pasti ingin merasakan cinta. Rasa cinta dan mencintai adalah satu daripada fitrah semula jadi manusia serta nikmat hebat yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Rasa cinta jugalah yang mampu memupuk kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Namun begitu, terdapat faktor yang menyebabkan kita sukar untuk mewujudkan kasih sayang dan rasa cinta dalam diri seperti yang diidamkan.

Antara sebab seseorang itu sukar mendapat cinta adalah mungkin kerana fobia dengan kenangan masa silam. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan perasaan cinta sukar diwujudkan dalam hati individu adalah kerana hati tidak fokus dan terlalu banyak cinta pada satu masa.

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Iluminasi

Masalah kewangan dan hidup tidak seimbang apabila seseorang itu lebih seronok mengejar kejayaan serta kesenangan wang ringgit sehingga kurang memberi tumpuan kepada pasangan juga membuatkan rasa cinta hilang dalam diri masing-masing.

Berikut adalah cara bagi membina kembali dan mengekalkan rasa cinta serta kasih sayang dalam rumah tangga.

1. Lakukan perkara yang pasangan suka

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Glints

Mungkin selama ini kita mengambil remeh hal berkenaan sehingga tanpa sedar kita tidak tahu apa yang pasangan kita suka. Jika tidak tahu, buang ego dan cuba tanya apa yang pasangan kita suka lakukan. Perbuatan itu mungkin nampak kecil, tapi impaknya sangat besar untuk membuka kembali hati pasangan.

2. Jadi pasangan yang romantik

Jika sebelum kahwin, lautan api sanggup diredah, namun apabila semakin lama mendirikan rumah tangga, semakin pudar sikap romantik itu. Mujahadah atau paksalah diri untuk bersikap romantik bagi memikat semula hati pasangan.

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Aufa Collection

Belilah bunga atau hadiah pada hari ulang tahun perkahwinan atau hari-hari yang istimewa. Beri ciuman mesra, urut bahu atau buat air ketika pasangan pulang dari kerja.

Peganglah tangan ketika berjalan-jalan, paut pinggang isteri atau lakukan aktiviti bersama-sama seperti ketika zaman bercinta dahulu.

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Pinterest

3. Ucap terima kasih

Saling puji memuji dan ucapkan terima kasih kepada pasangan. Sebagai contoh ucap terima kasih apabila isteri masak, begitu juga dengan isteri, ucapkan terima kasih kepada suami kerana membantu melakukan kerja rumah. Ucapan mudah itu mampu membuatkan pasangan rasa dihargai dan disayangi.

tip rumah tangga bahagia

Kredit gambar: Bidadari.my

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul

familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil

familuv Fri, 21 Sep 2018

Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, Boleh Ke?

Tunggu bayi anda dah besar barulah perkenalkan kicap dalam hidangan mereka!

familuv Thu, 15 Nov 2018
familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

familuv Mon, 14 Oct 2019

Sebab kenapa cuti bersalin 90 hari adalah polisi yang baik

Bukan sahaja ibu dan bayi, majikan juga mendapat faedah

familuv Mon, 18 Jun 2018

5 Pasangan Kembar Comel Berstatus Anak Selebriti Paling Menjadi Perhatian Netizen

Kehadiran mereka bukan saja bisa menarik perhatian ramai malah mengundang kekeliruan mata yang memandang!

familuv Tue, 19 Mar 2019

10 tanda halus suami masih tergila-gilakan anda

Jom semak jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini.

error: Content is protected !!