Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 8, 2020 @ 2:58pm

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Kira-kira 88 peratus pesakit positif COVID-19 di Malaysia tidak menunjukkan sebarang gejala atau sekurang-kurangnya menunjukkan gejala ringan berkaitan novel koronavirus sehingga menyebabkan sukar untuk dikesan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook hari ini, menyatakan COVID-19 kini dikenal pasti menerusi lima tahap yang berbeza.

Bagi tahap satu, seseorang itu positif COVID-19 tetapi tidak bergejala, manakala tahap dua didapati pesakit positif dan hanya bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 tidak menunjukkan gejala menyebabkan segelintir keluar bertemu orang ramai, sekali gus menjadi agen penularan.

“Kebanyakan pesakit yang positif COVID-19 adalah asymptomatic atau tidak menunjukkan gejala. Mereka ini tidak mengetahui yang mereka menjadi punca kepada penularan wabak COVID-10.

“Tempoh inkubasi COVID-19 adalah 14 hari sebelum menunjukkan gejala, justeru orang ramai dinasihatkan jangan keluar rumah, amalkan penjagaan kebersihan diri, basuh tangan dan lakukan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19, sebelum ini.

Berdasarkan pemerhatian KKM, pesakit yang menunjukkan gejala serius yang berada pada tahap tiga dan empat hanya tujuh peratus.

Pesakit tahap tiga ialah pesakit yang positif dengan radang paru-paru, tetapi tidak memerlukan bantuan alat pernafasan, sementara pesakit tahap empat positif dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga 7 April 2020, Malaysia mencatat keseluruhan 3,963  kes jangkitan dan daripada jumlah itu sebanyak lima  peratus berada pada tahap lima iaitu dalam keadaan serius dengan mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Gambar utama: Kredit AFP/Dibyangshu Sarkar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Dec 2023
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Isu Ops Sky, Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Hanya Sebagai Duta

Datuk Jalaluddin Hassan tampil memberikan respons susulan isu SPRM.

Featured Fri, 13 Dec 2024
Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Wed, 2 Jun 2021

Lebih Menyerlah Berbanding Watak Utama, Netizen Akui Dian Adalah Hero Sebenar Dalam Sabarlah Duhai Hati

Melabuhkan tirainya pada malam tadi, drama rentetan yang ditayangkan di slot samarinda, Sabarlah Duhai Hati ternyata memberi kesan kepada penonton setianya. Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan, Amira Rosli, Puteri Sarah Liyana dan Izzue […]

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

error: Content is protected !!