Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 21, 2020 @ 3:10pm

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Memasak tanpa garam boleh diibaratkan seperti lagu tanpa irama kerana semuanya akan terasa tawar dan hambar, namun bagi individu yang berhadapan masalah hipertensi atau darah tinggi, mereka tentunya mampu untuk menikmati makanan tanpa garam.

Bukan tidak boleh mengambil garam di dalam makanan yang dimakan setiap hari, namun kita perlu tahu jumlah yang sepatutnya boleh diambil bagi mengelakkan kesihatan terjejas oleh bahan yang masin itu.

Terdapat pelbagai jenis garam di pasaran seperti seperti garam bukit, garam halus, garam Himalaya dan garam gunung Himalaya.

Dr Siti Nurbaya (kanan) ketika melakukan aktiviti sihat bersama rakan-rakan. Foto: Ihsan Dr Siti Nurbaya Shahrir.

Dr Siti Nurbaya Shahrir daripada Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, berkata setiap garam yang ada di pasaran mempunyai peratusan garam atau Natrium Klorida (NaCl) yang berbeza.

“NaCl yang tinggi akan memberi kesan buruk pada kesihatan manusia. Jika kita hanya meletakkan sejemput tidaklah memberi kesan signifikan kepada kesihatan, namun ada yang menganggap sesetengah garam lebih sihat menyebabkan mereka mencampur banyak garam di dalam masakan.

“Akhirnya kandungan garam menjadi tinggi berbanding jika mereka menggunakan garam halus biasa,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Bayangkan berapa banyak garam terkandung dalam ikan masin ini – gambar hiasan. Foto: NSTP/Abdullah Nik Omar.

Garam yang sepatutnya diambil oleh setiap individu adalah satu sudu kecil atau lima gram sehari.

Makanan atau masakan tanpa garam memang tidak sedap, namun ada banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang cukup enak dinikmati tanpa garam, malah penggunaan rempah-ratus juga boleh menyedapkan masakan walaupun tanpa garam.

Didik lidah dengan mencuba terlebih dahulu makanan sebelum bertindak menambah garam atau kicap ke dalam makanan berkenaan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

Dr Nurbaya berkongsi lima panduan ringkas untuk melatih diri agar berupaya menikmati makanan tanpa garam berlebihan.

1. Lidah manusia boleh dilatih. Kurangkan pengambilan garam sedikit demi sedikit. Rasa dahulu makanan sebelum menambahkan kicap atau serbuk perasa lain.

2. Jika makanan cukup masin untuk dimakan, tidak perlu tambah kicap kerana kicap biasa atau kicap lemak manis juga tinggi kandungan sodium.

3. Kurangkan kuah apabila makan nasi. Lama-kelamaan lidah terlatih dengan sendiri tidak suka kepada makanan yang terlalu masin dan boleh menerima ikan, ayam, udang serta rempah-ratus tanpa garam.

4. Amalkan pengambilan makanan dinamakan pinggan sihat Malaysia seperti suku suku separuh.

5. Makan makanan segar, elakkan mengambil makanan di dalam tin, makanan segera atau makanan ringan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Featured Thu, 18 Mar 2021

Pendaftaran Tanggungan MySejahtera Buat Warga Emas Bakal Dilancar Esok

Bagi memudahkan proses pendaftaran vaksin bagi warga emas, kerajaan akan melancarkan elemen baharu dikenali sebagai Pendaftaran Tanggungan dalam aplikasi MySejahtera. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, elemen berkenaan yang sebelum ini […]

Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Featured Sun, 19 Feb 2023
Featured Wed, 4 Dec 2024

Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG

ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan memakai hoodie dan mengenakan kaca mata hitam sambil memuat naik video berlatar belakangkan lagu popular ‘Have I Told You Lately That I Love You’ nyanyian Rod Stewart.

Featured Sat, 6 Sep 2025
Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

error: Content is protected !!