Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 4, 2024 @ 12:38pm

Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG

Pelakon dan model, Zahnita Wilson mencuri perhatian selepas dia bertindak memadam foto dan video di media sosial miliknya.

Tidak memaklumkan sebab sebenar dia bertindak sedemikian, Zahnita yang kini mempunyai pengikut seramai 137,000 itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadapnya.

Malah, menerusi perkongsian video pendek di Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan memakai hoodie dan mengenakan kaca mata hitam sambil memuat naik video berlatar belakangkan lagu popular ‘Have I Told You Lately That I Love You’ nyanyian Rod Stewart.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, Zahnita kelihatan sebak semasa merakam video berkenaan.

“Assalamualaikum… thank you all for your warm wishes and support. I will be with you shortly.
Order is now open… ‘ i love you 3000’,” tulisnya.

Terdahulu, Zahnita atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussien Wilson, 39, nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada Selasa selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Katanya, dia mengambil keputusan itu dek kerana tidak mampu lagi bertahan dalam hubungan toksik apatah lagi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, pelakon filem Gila Gila Pengantin Remaja itu mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto menunjukkan keadaan matanya yang lebam.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Featured Tue, 8 May 2018

Apa Yang Seronok PRU14 Pada Hari Rabu? Nombor 4 Paling Best!

Agak-agaknya apa kelebihan membuang undi pada hari Rabu?

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Farah Nabilah Bakal Berkahwin?

Farah Nabilah naik berang? Kata nak kahwin, kenapa berang?

Hiburan Wed, 17 Oct 2018
Hiburan Fri, 12 Sep 2025
error: Content is protected !!