Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 22, 2020 @ 2:00pm

Fasih kecek Kelate, video usik-mengusik dua beradik berbangsa Cina ini raih hampir sejuta tontonan

Baru-baru ini, tular video kanak-kanak berbangsa Cina berusia empat tahun, Shanice Lim, petah berbahasa Melayu, menyatakan rasa kasih dan menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Semalam tular pula video adik-beradik juga berbangsa Cina, namun apa yang membezakan dan mencuit hati rakyat Malaysia yang menonton gelagat mereka, apabila kedua-duanya mahir bertutur dalam dialek Kelate atau kecek Kelate. Video itu kini meraih jumlah tontonan hampir sejuta penonton kurang daripada 24 jam.

Menerusi satu temu bual bersama sebuah portal, Wee Yun Nee, 23, dan abangnya, Wee Chuan Chin, 26, mengakui tidak menyangka video itu akan tular dan mendapat reaksi luar biasa dalam kalangan warga siber.

Foto: Wee Chuan Chin

“Kami memuat naik video tu macam biasa di Insta Story. Tiba-tiba ada orang maklumkan ia tular di Twitter.

“Tentu saja terkejut dan tak sangka. Mana nak sangka lebih-lebih lagi, banyak sokongan dan maklum balas positif daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat.

“Apapun kami gembira sebab video tu dapat hiburkan orang. Dapat tunjuk yang kita semua walau berlainan bangsa dan agama, kita tetap satu Malaysia,” ujar gadis mesra disapa Yunee itu.

Merupakan penuntut Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kampus Batu Pahat, Johor, Yunee dan keluarga sering pulang ke Kelantan untuk menziarahi saudara-mara mereka.

“Susah nak cari masakan Kelantan yang sedap di Kuala Lumpur. Jadi kalau balik sana pasti cari peluang makan makanan kegemaran saya.

“Saya suka nasi kerabu, nasi dagang. Budu pun makan, biasanya makan dengan nasi kerabu. Biasanya setahun sekali akan balik sana. Duduk di rumah saudara-mara,” katanya.

Menurut abangnya, Chin, mereka sememangnya boleh bertutur dalam loghat Kelantan kerana kedua-dua ibu bapa mereka berasal dari negeri itu.

Biarpun membesar di Kuala Lumpur, mereka juga sempat menetap di Kelantan sewaktu zaman persekolahan, sekitar 14 tahun lalu.

 

“Mak dan ayah orang Kelantan. Mak berasal dari Lundang, ayah dari Rantau Panjang. Kami di rumah cakap campur-campur. Kadang-kadang bahasa Cina, Inggeris dan Melayu Kelantan.

“Dulu masa saya berpindah dan bersekolah di Kelantan, saya seorang sahaja Cina di sekolah itu, yang lain dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima semuanya Melayu.

“Tapi semua pun peramah dan baik. Saya suka Kelantan sebab semangat perpaduan kuat,” kata Chin yang kini bekerja sebagai jurutera elektrikal di ibu negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Oct 2019
Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Featured Wed, 24 Jun 2026

“Saya Harap Tangan Yang Saya Pegang Nanti Masih Tangan Awak” – Izzue Islam Titip Ucapan Penuh Emosi Buat Isteri Sempena Hari Lahir

Izzue Islam menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan istimewa buat isteri tercinta, Awin Nurin sempena ulang tahun  kelahirannya baru-baru ini.

Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

error: Content is protected !!