Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 23, 2020 @ 11:23am

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Puasa bukan sahaja untuk memberi kesedaran mengenai nasib golongan miskin yang mungkin hanya mampu makan sehari sekali, tetapi juga dikatakan memberi peluang bagi badan untuk mengalami ‘proses pemulihan’ apabila tiada makanan diambil selama 14 jam.

Namun begitu, bagi pesakit seperti pesakit diabetes atau kencing manis yang perlu mengambil ubat setiap hari pasti bimbang memikirkan aturan pengambilan ubat sepanjang berpuasa kerana selama ini mereka perlu mengambil ubat-ubatan sebanyak tiga kali setiap hari.

 

Dr Azmawati Mohammed Nawi. Foto: Ihsan Dr Azmawati Mohd Nawi.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azmawati Mohammed Nawi, berkata pesakit kencing manis tidak perlu risau kerana ada cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi penyakit yang dihidapi.

“Kebiasaannya, sebelum bermula bulan puasa, elok bagi sesiapa yang ada penyakit kencing manis untuk berjumpa doktor kerana doktor akan memastikan mereka tidak terlepas mengambil ubat yang diperlukan.

“Jika mereka biasa mengambil ubat-ubatan tiga kali sehari, untuk diselaraskan dengan bulan puasa, doktor akan mengatur jadual pengambilan kepada dua kali sehari,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Amalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan diri daripada menghidap diabetik – gambar hiasan. Foto: Ihsan Hospital Colombia Asia.

 

Kencing manis atau diabetes mellitus merujuk kepada paras gula yang tinggi di dalam darah sehingga menyebabkan insulin kurang atau tidak berkesan sedangkan insulin penting kerana ia mengawal keseimbangan gula dalam badan.

Sehubungan itu, ubat-ubatan diperlukan bagi memastikan insulin cukup di dalam badan selain mengawal gula berlebihan.

Dr Azmawati berkata, kini kekerapan pengambilan ubat untuk pesakit kencing manis lebih kepada sekali atau dua kali sahaja, namun pesakit juga perlu mengambil kira tahap gula di dalam darah.

“Pesakit perlu memeriksa tahap gula atau glukosa bagi memastikan ia tidak terlalu rendah dalam badan.

“Jika paras gula terlalu rendah pesakit boleh mengalami koma dan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan. Oleh itu, mereka perlu memastikan gula cukup untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan badan,” katanya.

Gunakan alat pengesan gula dalam darah untuk memastikan tahap gula dalam badan mencukupi – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Dr Azmawati berkongsi tiga panduan mudah untuk pesakit kencing manis berpuasa dengan sihat:

1. Berhati-hati dengan gula tersembunyi dalam makanan. Nasi umpamanya berasa tawar tetapi ada kandungan gula yang tinggi. Ambil secara berhemah.

2. Lakukan pemantauan sendiri (dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagaimana caranya), pastikan gula yang diperlukan badan mencukupi.

3. Elakkan pengambilan ekstrak atau jus minuman seperti jus kurma kerana sehingga kini belum ada kajian saintifik mengenai manfaat atau kesan pengambilannya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di […]

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Featured Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Diikat Jamin Sebanyak RM20,000

Kedua-dua pasangan itu diikat jamin oleh seorang penjamin

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Indah kan kalau berlaku jujur dan adil…

Featured Sat, 7 Jan 2023

Langgar Injuction Order, Puteri Sarah Bakal Saman Ira Kazar? – “Bolehlah I Saman RM10 Juta Pula Ya”

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mendakwa madunya, Ira Kazar melanggar perintah injuksi dan meghina mahkamah. Sarah telah berbincang bersama peguamnya dan memberi bayangan untuk menyaman RM10 juta terhadap individu terbabit. “Baru berbincang bersama peguam saya […]

error: Content is protected !!