Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 9:36am

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Ikan bakar antara menu yang tidak pernah jemu untuk dinikmati, sama ada dibakar tawar atau dipipis garam kunyit, pendek kata semua peringkat usia gemar menu ringkas ini.

Manakan tidak, ada yang membuat jenaka andai menikmati nasi putih dengan ikan bakar dan air asam, hujan ribut mahupun petir melanda tidak dipedulikan kerana keenakan menu ringkas, namun layak diberi lima bintang itu.

Bayangkan andai cencaru belah tengah dipipis lada berbaur tempoyak dan daun kunyit, semerbaknya usah dicerita. Mungkin dari luar rumah sudah menusuk aroma wangi daun kunyit bercampur asap, tentunya perut berkeroncong terus.

Cencaru segar enak dibakar dengan pes tempoyak dan daun kunyit – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Untuk melengkapkan hidangan buka puasa petang ini, apa kata intai resipi Sheila Rusly yang sememangnya handal memasak, lebih-lebih lagi beliau juga cukup sinonim dengan rancangan Ketuk-ketuk Ramadan yang sudah ditamatkan siarannya sejak tahun lalu.

Hantaran cencaru bako tempoyak Sheila itu mendapat 308,000 tontonan dengan 367 komen daripada netizen. Ringkas sahaja resipi cencaru ‘bako’ (bakar) tempoyak itu, namun penangannya hanya penggemar tempoyak sahaja yang tahu. Jom cuba!

Tempoyak enak dijadikan bahan untuk ikan bakar tempoyak. Foto: NSTP/Mohd Rafi Mamat.

Hijab & Heels mencadangkan resipi bersumberkan protein sebagai menu utama anda hari ini.

Cencaru bako (bakar) tempoyak

Bahan-bahan:
Segenggam cili padi merah dan hijau
4 helai daun kunyit (hiris halus)
4 ekor cencaru sederhana besar (dibelah belakang)
3 sudu besar tempoyak
2 helai daun pandan
Sedikit garam kunyit dilumur pada cencaru

Cara penyediaan:
1. Sapu garam dan kunyit pada ikan cencaru. Ketepikan.
2. Tumbuk cili padi hingga separa hancur.
3. Campurkan cili padi dengan tempoyak dan gaul rata.
4. Masukkan garam dan daun kunyit yang sudah dihiris halus.
5. Masukkan adunan pes tempoyak ke dalam ikan yang sudah disapu garam. Gumpal daun pandan sebelum dimasukkan ke bahagian kepala ikan.
6. Bakar dengan api/bara sederhana. Pastikan ia tidak hangit. Balik-balikkan ikan supaya masak rata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Dec 2018

Living Coral Warna Yang Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda Untuk 2019. Cantik & Menyerlah!

Living coral, membawa pengertian moden dan kuat dalam sisi kelembutan.

Featured Fri, 15 May 2026
Featured Sat, 23 Oct 2021

Pelakon Hollywood Alec Baldwin Tertembak Mati Kru Penggambaran

Satu tragedi telah berlaku melibatkan dua orang kru penggambaran di New Mexico setelah Alec Baldwin menembak pistol prop di dalam penggambaran filem bertemakan abad ke-19 barat bertajuk Rust. Halyna Hutchins, 42, telah terkena tembakan pistol […]

Featured Wed, 20 May 2020

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perlu dapatkan surat persetujuan sebelum pulang ke tanah air

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Thu, 16 Apr 2020
error: Content is protected !!