Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 29, 2020 @ 9:04pm

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Bukan hukuman dua darjat, sebaliknya tuduhan yang dikenakan ke atas dua wakil rakyat yang hangat diperkatakan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP.

Itu penjelasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya media mengenai perbezaan hukuman yang dikenakan terhadap kedua-dua tetamu kehormat (VVIP) itu dengan rakyat biasa yang dihukum penjara.

Ismail Sabri berkata, dalam kes berkenaan kesalahan yang dilakukan adalah dua perkara berbeza, sekali gus menyebabkan hukuman yang dikenakan juga berbeza berdasarkan tuduhan yang dikenakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Ada rakyat yang mempertikai mengapa hukuman berbeza. Hal ini kerana tuduhan yang dikenakan adalah berbeza, sebagai contoh kedua-dua VVIP itu hanya bersalah dari segi SOP, bukan melanggar PKP.

“Saya sudah menyebutkan sebelum ini bahawa Wakil Rakyat merupakan individu yang dibenarkan untuk bertugas ketika PKP. Mereka perlu menjaga kepentingan rakyat di kawasan mereka, justeru tentu sahaja mereka perlu bebas bergerak untuk memberi bantuan dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Perak, Razman Zakaria, masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah kerana melanggar Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Selain kedua-dua wakil rakyat itu, turut didakwa di mahkamah ialah 13 individu lain yang hadir pada program terbabit termasuk adik Dr Noor Azmi, iaitu Noor Azman yang masing-masing didenda RM1,000.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (tengah) dan Razman Zakaria (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gerik dan mengaku salah melanggar SOP PKP. (Gambar BERNAMA)

Ismail Sabri berkata, Kerajaan sentiasa adil termasuk memastikan tiada siapa yang mengatasi undang-undang negara, malah tindakan akan diambil tanpa mengira kedudukan termasuk dalam kes kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

“Kedua-dua wakil rakyat itu melakukan kesalahan dari segi SOP iaitu tidak melakukan penjarakan sosial dan sebagainya. Oleh itu, hukuman dikenakan adalah di bawah Akta 342 sahaja iaitu denda maksimum RM1,000 sedangkan mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk menetapkan denda lebih rendah, mungkin RM100 atau RM200 sahaja, tetapi dalam kes ini hukuman maksimum dikenakan.

“Bagi kes yang dihukuman penjara, saya sudah pernah sebut sebelum ini, mereka yang dipenjara bukan kerana kesalahan di bawah PKP semata-mata, tetapi kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaaan, misalnya ada yang ditangkap kerana menghalang tugas penjawat awam termasuk bergaduh dengan polis atau melawan polis.

“Ada juga yang melanggar sekatan jalan raya pihak berkuasa sehingga menyebabkan kecederaan kepada petugas barisan hadapan apabila mereka merempuh sekatan berkenaan. Jadi sebab itulah hukumannya berbeza, bukan hukuman dua darjat seperti yang cuba digambarkan sebahagian masyarakat,” katanya.

Kredit gambar utama: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Dec 2022

Alif Satar Sertai Ekspedisi Daki Jabal Nur – “Tak Boleh Bayang Macam Mana Dulu Nabi Muhammad SAW Panjat Sendirian”

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendaki gunung bersejarah, Jabal Nur ketika menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) […]

Featured Sat, 8 Nov 2025

Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

Dr. Fie akhirnya tampil meluahkan perasaannya selepas melalui pelbagai ujian dalam kehidupan, termasuk isu rumah tangganya.

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Sat, 6 Jun 2020

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan ketinggalan rebut hadiah wang tunai rm150k!

Featured Sat, 21 Jan 2023

Cecah Puluhan Juta? Siti Nurhaliza Tampil Perjelas Spekulasi Kediaman Mewah Di Dubai

Wow betul ke puluhan juta 🤩 Haa Tokti dah jawab tu!

error: Content is protected !!