Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 6, 2018 @ 6:30pm

Pelakon Ummi Nazeera Saran Segera Dapatkan Bantuan Ahli Terapi Jika Mengalami Kemurungan

Lanjutan daripada masalah depresi yang dialami penyanyi remaja, Haqiem Rusli, pelakon Ummi Nazeera membuat pendedahan bahawa dia juga pernah berdepan dengan masalah kemurungan dan penyakit mental ketika menduduki tahun pertama di sebuah universiti di luar negara.

Pelakon beraut wajah ayu yang dilahirkan dengan nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 27, itu berkata, dia berdepan dengan gejala penyakit itu dan masalah kurang tidur sehingga mendesaknya mencari ikhtiar dengan mendapatkan bantuan daripada ahli terapi.

Menerusi statusnya di Instagram, “Penyakit mental atau kemurungan adalah benar, cari bantuan. Jujur, saya mempunyai sedikit masalah itu ketika tahun pertama saya di Universiti. Mungkin ia disebabkan rindu.

“Saya sentiasa mencari kepuasan. Namun gagal mencari apa yang saya cari. Saya mempunyai masalah tidur. Jadi apa yang saya lakukan adalah mencari bantuan. Saya bertemu dengan ahli terapi,” katanya.

Semasa bertemu dengan ahli terapi, Ummi meluahkan segala masalah yang dipendam dan dialaminya dengan menulisnya dalam sebuah buku jurnal. 

Melalui penjelasannya lagi, dia turut diminta untuk mendekatkan diri kepada ajaran Islam.

“Alhamdulillah, ia membuat saya berasa lebih baik.

“Tiada siapa yang akan mengasihi anda lebih daripada Pencipta anda. Saya belajar bersyukur dengan apa yang saya miliki dan itu menjadikan saya lebih bahagia,” ujarnya lagi dalam coretan yang memperoleh lebih daripada 22,000 like itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Mar 2022
familuv Tue, 25 Dec 2018
Featured Mon, 27 Apr 2020
Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Tue, 3 Dec 2024

Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

100 peserta yang bertuah itu diperkenalkan sekaligus layak merebut tempat ke top 12 CSOIAM yang bakal berlangsung 22 Disember nanti.

Featured Wed, 21 Mar 2018

Video Lip-Sync 50 Ibu Bersama Anak Sindrom Down Buat Air Mata Satu Dunia Berjurai

Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah ia turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Featured Mon, 12 Feb 2018

Tak Tahu Beza Kiri & Kanan, Aliff Syukri Kongsi Cabaran Hidap Disleksia

Siapa sangka, di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan bergelar jutawan muda, rupanya pemilik nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman ini merupakan penghidap disleksia.

error: Content is protected !!