Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri January 20, 2018 @ 2:02pm

Bukan Soal Peluang Kedua, Saya Masih Sayangkan Dia

Tempoh bercerai selama sembilan bulan ternyata tidak dapat memadamkan kasih sayang pelakon Adi Putra,37, kepada bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof atau Aida,43. Disebabkan rasa sayang yang masih menebal, pasangan ini kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup di ibu kota pada hari Khamis lalu dan menyambung kembali hubungan cinta sejak 12 tahun lalu.

“Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Makrifat Cinta di TSR Cinemax,Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, bagi Aida pula, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam buat Adi biarpun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai sebentar tahun lalu.

“Bernikah semula dengan Adi bukan soal memberi peluang kedua namun lebih kepada apa yang terbaik untuk kami. Hubungan kami berdua sentiasa baik dan tidak terjejas meskipun dalam waktu tidak bergelar suami isteri. Saya rasa itu ialah antara petunjuk dari Allah bahawa kami jodoh antara kami masih kuat,”jelasnya lagi. Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pada 11 Mei 2012, Adi pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa sudah tiada persefahaman antara mereka. Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu. Pelakon itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly,34, pada 20 Jun 2016.

Walau bagaimanapun, menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu, pelakon filem KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya.

Sumber: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

陈美娥开拍电影《幸福密码》港星林文龙加盟

「阿姐」陈美娥开拍公益电影《幸福密码》,力邀「型男」林文龙加盟齐献爱心。

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sempoi Habis Majlis Perkahwinan Hilary Duff, Matthew Koma!

Pemuzik Dawes Taylor Goldsmith antara tetamu yang hadir termasuk saudara perempuan Hilary yang juga pelakon, Haylie Duff.

Featured Wed, 25 Feb 2026

“Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama” – Hantaran Elyana Undang Sebak, Kini Aktif Jalani Rawatan Kemoterapi

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
error: Content is protected !!