Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 5, 2020 @ 1:42pm

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Bagi individu bekerja, rata-rata mereka menghabiskan masa antara lapan hingga sembilan jam sehari menghadap komputer di pejabat dan apabila pulang ke rumah, keletihan melanda diri.

Gaya hidup juga tidak menentu kerana ramai yang mendahulukan tugas mencari rezeki berbanding mengutamakan kesihatan menyebabkan ramai yang mengabaikan penjagaan diri serta menjalani gaya hidup sedentari.

Kajian dilakukan Rangkaian Kajian Tingkahlaku Sedentari (SBRN) pada 2017 menjelaskan sedentari adalah tingkah laku tidak aktif dialami individu yang lebih banyak duduk dan berbaring daripada melakukan sebarang kegiatan.

Dalam erti kata lain, individu sedemikian tidak banyak menggunakan tenaga dan dikelaskan sebagai tidak aktif.

Oleh itu, gaya hidup tidak aktif atau sedentari ini tidak membawa kebaikan kerana tenaga yang tidak digunakan akan menyebabkan glukosa menjadi punca kegemukan.

Kajian menunjukkan hanya 21 peratus orang dewasa yang memenuhi garis panduan aktif dengan menggunakan tenaga yang ada.

Jika ada yang menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, tindakan itu tidak wajar kerana ia melibatkan kesihatan diri sendiri.

Ada banyak saranan dalam laman media sosial mengenai bagaimana mengamalkan gaya hidup sihat walaupun ketika bekerja di rumah.

Misalannya, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan tiga panduan mudah yang boleh dilakukan oleh individu ketika berada atau bekerja di rumah untuk menjadikan badan sihat dan cergas. Antaranya:

1. Di samping mengamalkan norma baharu bekerja dari rumah, individu boleh mengambil masa 15 minit setiap dua jam untuk melakukan senaman regangan bagi memberi kelegaan pada badan.

2. Mulakan sasaran 10,000 langkah setiap hari dengan mencatat berat badan ketika awal dan pertengahan Ramadan serta pada akhir Syawal demi memastikan memiliki berat badan ideal.

3. Kurangkan pengambilan garam, gula, makanan berlemak dan berminyak serta lebihkan pengambilan air kosong supaya badan kekal hidrat.

Sepintas lalu, panduan itu amat mudah untuk dilakukan walaupun berada di rumah dan jadikan PKP sebagai tempoh masa berharga untuk anda menjaga kesihatan seterusnya mendapat berat badan ideal.

Fikirkan apabila muncul di tempat kerja kemudian hari, ramai akan menyapa anda dengan kata-kata anda nampak lebih sihat dan langsing!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

Featured Mon, 22 Jan 2018

Kawal Marah

Ramai yang tidak sedar atau tahu diri sendiri mempunyai faktor penyebab marah. Daripada kesedaran berkenaan barulah kemarahan boleh dikawal dari semasa ke semasa.

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Adira Suhaimi Tebang Rumput Lepas Kena Perli Netizen – “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?”

Wowww! Ahahahaha terus dia potong rumput 🤣 Netizen ni punnn, biaq p la rumah dia 🤣

Featured Fri, 14 Apr 2023

Bakal Cerai Puteri Sarah 18 April Ini, Yusof Haslam Titip Pesan Kepada Syamsul

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

Featured Tue, 21 Apr 2026

Aisha Retno Impi Berlakon, Bakal Hadiri Sesi Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical – “Saya Tak Nak Lepaskan Peluang”

Aisha Retno tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang bakal dipentaskan pada Oktober ini.

Featured Mon, 4 Oct 2021
error: Content is protected !!