Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 5, 2020 @ 5:19pm

3 selebriti ini pernah melakukan pembedahan kosmetik, tetapi kini menyesal!

Di Hollywood, berpenampilan menarik antara syarat untuk kekal popular terutama mereka yang terbabit dalam bidang seni dan peragaan.

Berikutan tekanan untuk sentiasa kelihatan cantik itu, ramai selebriti sanggup melakukan apa sahaja termasuk pembedahan plastik mahupun pembedahan kosmetik.

Tidak hairanlah antara kerjaya yang paling popular dan memberikan pulangan lumayan di Hollywood ialah pembedahan rekonstruktif dan juga kosmetik.

Seorang wanita melakukan pembedahan rekonstruktif di Korea Selatan. (Gambar hiasan/NSTP/E-mel)

Antara bintang Hollywood yang membuat pengakuan pernah melakukan pembedahan plastik ialah pelakon siri Friends, Lisa Kudrow.

Pelakon itu mengakui pernah melakukan pembedahan hidung ketika berusia 16 tahun dan hasilnya bukan sahaja wajah baharunya itu membuka laluan untuk ke Hollywood, tetapi juga terbabit dalam siri paling popular di dunia, Friends.

“Saya melakukannya (pembedahan plastik) ketika cuti musim panas sebelum saya berpindah ke sekolah baharu. Wajah saya agak hodoh dan selepas membuat hidung, saya rasa wajah saya lebih menarik.

“Oleh itu, di sekolah baharu tiada siapa yang mengetahui saya mengubah bentuk hidung saya. Itu antara keputusan terbaik yang saya lakukan,” katanya kepada The Saturday Evening Post.

Lisa Kudrow mengakui pernah membuat pembedahan hidung. (Kredit gambar: Instagram @lisakudrow)

Bagaimanapun, beliau yang kini masih menerima pendapatan sebanyak RM86.34 juta (USD20 juta) setahun hasil daripada royalti siri Friends, mencadangkan peminatnya untuk melakukan pembedahan plastik sekiranya perlu sahaja dan bukan untuk mengubah seluruh wajah.

Selain itu, supermodel terkenal, Tyra Banks turut mengakui pernah melakukan pembedahan mencantikkan hidung dan juga rambutnya.

Pengakuan yang dibuat menerusi bukunya itu dibuat bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat supaya tidak mengadili seseorang hanya kerana individu berkenaan melakukan pembedahan plastik.

“Saya mempunyai masalah apabila tulang dalam hidung saya membesar dan menyebabkan rasa kurang selesa, justeru saya melakukan pembedahan untuk membuangnya dan selepas itu, lebih mudah untuk saya bernafas.

“Tetapi pada masa sama saya turut meminta supaya pakar bedah mencantikkan sedikit hidung saya. Saya mengaku, rambut saya palsu dan hidung juga dibuat. Saya perlu menyatakan kebenaran kerana saya bertanggungjawab untuk berterus-terang kepada peminat,” katanya.

Ramai selebriti Hollywwod membuat suntikan botox untuk kekal awet muda.

Kebelakangan ini kecenderungan selebriti Hollywood turut berubah apabila ramai yang melihat kecantikan semula jadi lebih berkekalan berbanding tindakan mengubah wajah.

Menurut Harper’s Bazaar, pembedahan kosmetik kini lebih menjadi pilihan kebanyakan selebriti Hollywood kerana menggunakan kaedah yang kurang invasif berbanding pembedahan plastik yang tampak ketara perubahan dilakukan.

Begitupun, sejak akhir-akhir ini beberapa selebriti mengakui kesal melakukan pembedahan berkenaan yang dikatakan mengubah penampilan mereka sehingga tampak amat berbeza.

1. Gwyneth Paltrow

Gwyneth Paltrow mengakui kesal melakukan suntikan botoks. (Gambar daripada Instagram @gwynethpaltrow)

Antaranya, bintang Avengers, Gwyneth Paltrow yang mengakui pernah membuat suntikan botox, namun menyesalinya kerana suntikan itu membuatkan wajahnya tampak kaku dan buruk.

“Ya, saya pernah membuat botox, tetapi rupa saya seperti Joan Rivers,” katanya kepada Harper’s Bazaar.

Beliau merujuk pada penampilan mendiang Joan Rivers, pengacara Fashion Police yang menjadi bahan jenaka di Hollywood kerana wajahnya yang tampak seperti patung bergerak.

2. Victoria Bechkam

Isteri David Beckham ini meneysali tindakannya membesarkan payudara. (Kredit gambar: Instagram @victoriabeckham)

Victoria Beckham yang pernah membuat pembedahan pembesaran payudara turut mengakui tindakan berkenaan menyebabkan penampilannya tampak hodoh sekali.

Dalam temu bual dengan majalah Allure, Victoria mengambil keputusan membuang implan dalam payudaranya untuk kembali kepada saiz asal apabila melihat gambarnya yang kelihatan buruk dengan payudara baharu itu.

3.Nicole Kidman

Ketika membuat suntikan botox, wajah Nicole Kidman tampak tua sedikit. (Kredit gambar: Instagram @nicolekidman)

Pelakon Australia, Nicole Kidman turut mengakui pernah menggunakan botox, namun menyesalinya.

“Saya pernah membuat suntikan botox, tetapi saya membuangnya dan kini saya boleh menggerakkan kembali wajah saya,” katanya kepada agensi berita, Huffington Post.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jul 2018

Bau Hanyir Ikan Hilang Dengan 8 Teknik Mudah Ini

Bukan sahaja potong mood nak masak, malah selera nak makan ikan pun terbantut.

Featured Sun, 12 Jun 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
familuv Mon, 7 Jan 2019

3 Genius Decorating Ideas For The Perfect Baby Shower

Not only are they cute, some of them can be eaten!

Featured Fri, 10 Oct 2025

Ubai MZ Alami Retak Kaki & Buku Lali Terseliuh Gara-Gara Main Bola, Shila Amzah Siap Bagi ‘Warning’

Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan telah mengalami kecederaan akibat bermain bola.

Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Featured Thu, 29 Dec 2022

Beri Kata Semangat Untuk Mereka Di Fasa Healing, Ramai Inginkan Perkongsian Hana Ismail – “Teruskan Buat Video Macam Ni…”

Pengacara Hana Ismail sering berkongsi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut yang sedang berada di fasa sulit di laman TikTok. Terkini, Hana memuat naik lagi sebuah perkongsian bagi pengikutnya yang sedang berada di fasa ‘healing’ […]

Featured Wed, 11 Feb 2026

Busana Ketat Azira Shafinaz Raih Perhatian, Warganet Beri Kritikan & Kecaman

Rata-rata warganet menganggap pakai tersebut seperti ‘romper baby’

Featured Tue, 4 May 2021

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah , […]

Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗

error: Content is protected !!