Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 18, 2020 @ 9:34am

Catat Penanda Aras Baharu, ABPBH 33 Raih 6 Juta Tontonan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) yang telah bersiaran langsung pada hari Jumaat lalu berjaya meraih 6 juta iaitu 43% syer ​penonton ketika bersiaran.

Ia menandingi pelbagai program lain yang turut ditayangkan pada waktu sama, menurut sumber Nielsen Malaysia.

Jumlah tontonan itu turut merekodkan peningkatan sebanyak 200,000 tontonan berbanding ABPBH tahun lalu.

ABPBH 33 ini turut menggarap beberapa pencapaian lain sepanjang penganjurannya, tahun ini.

Sungguhpun berhadapan dengan kekangan fizikal dan siber kerana penganjurannya ketika musim pandemik COVID-19, ABPBH 33 berjaya dianjurkan dengan kerjasama rapat dengan agensi kerajaan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ​Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan pengawalan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP).

Selain pencapainnya dari segi ​ratings ​televisyen, ABPBH 33 turut meraih peningkatan jumlah tontonan strim langsung di YouTube TV3 Malaysia.

ABPBH 33 telah menjana 700,000 tontonan, iaitu 104,000 lebih tinggi berbanding ABPBH edisi lalu.

BUKIT JALIL 13 NOVEMBER 2020. Artis, Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Namun, pencapaian yang paling membanggakan adalah jumlah undian Bintang Paling Popular, Haqiem Rusli yang berjumlah 22,332,676 undian merupakan jumlah undian tertinggi dalam sejarah Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Dengan jumlah undian itu, Haqiem atau nama lengkapnya, ​Ridzuan Haqiem Rusli mengungguli kategori Bintang Paling Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, dan kategori online, Lagu Paling Boom menerusi lagu Lembah Kesepian.

Dengan kemenangan itu, Haqiem menerima hadiah utama kereta ​Nissan LEAF Serba Baharu dengan kuasa elektrik 100% dan sifar emisi, berharga RM181,263 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan trofi.

Malam kemuncak ABPBH 33 telah dibawakan oleh penaja utama Xiaomi Malaysia, disiarkan secara langsung di TV3 serta saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my​, dan buat julung kalinya juga menerusi laman aplikasi TikTok dari Axiata Arena Bukit Jalil.

Malam kemuncak ABPBH 33 yang menobatkan Bintang Paling Popular yang dipilih dalam kalangan calon Top 20 yang memperoleh undian tertinggi turut membabitkan 13 kategori utama serta lima kategori online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

Amboiii sweetnyaa pasangan ni! Bersemut timeline min 🤩🤣

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Featured Thu, 9 Dec 2021

“Tragedi Cotton Bud” – Telinga Bernanah, Bunyi Letup-Letup Berpunca Dari Putik Kapas

Video seorang gadis yang mengalami sakit telinga melampau mendapat perhatian pengguna aplikasi TikTok. Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama @faridaharshad, gadis itu menjelaskan pada awalnya dia menyangka air yang keluar dari telinga adalah air […]

Featured Sat, 17 Jan 2026

Lawan Lagu Antarabangsa, ‘Juliet’ Akim & The Majistret Tembusi Top 3 iTunes

Akim & The Majistret terus mencipta kejayaan apabila single terbaharu mereka, Juliet berjaya menduduki tangga ketiga carta Malaysia iTunes Top Songs

Trending Thu, 29 Jul 2021
error: Content is protected !!