Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 23, 2020 @ 12:17pm

Bank Mula Terima Permohonan Bantuan Dari Golongan B40, M40 Hari Ini

Penambahbaikan bantuan yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu akhirnya berkuatkuasa hari ini.

Bank Islam Malaysia Berhad bersedia menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang Ditambah Baik (ETRA) daripada golongan B40, M40 dan perusahaan mikro yang terjejas teruk akibat  krisis Covid-19 mulai hari ini.

Individu B40 iaitu, penerima Bantuan Sara Hidup ATAU Bantuan Prihatin Rakyat dan perusahaan mikro akan menerima kemudahan dengan amaun yang akan diluluskan sehingga RM150,000.

Manakala, bagi individu M40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional boleh mendapat penangguhan bayaran ansuran bulanan tiga bulan atau pengurangan sehingga 50 peratus bayaran ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Dan hanya golongan M40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (individu/isi rumah terjejas) perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan Kendiri kepada bank islam.

Pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh melayari laman web di www.bankislam.com/covid-19 untuk mendapatkan borang permohonan dan memperoleh makluman lanjut berkenaan bantuan pasca-moratorium Bank Islam.

Permohonan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26900900.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 May 2026

“Daripada Saya Bergaduh Di Set Lebih Baik Saya Gerak Dulu” – Siti Elizad Utamakan Disiplin

Elizad Shariffuddin menegaskan, dirinya sangat menitikberatkan disiplin terutamanya isu menepati masa ketika terlibat dalam sebarang penggambaran.

Featured Wed, 10 Aug 2022
Drama Tue, 11 Mar 2025

Berjaya Expose Sisi Gelap Kehidupan, Netizen Puji Karya Erma Fatima – “Seram Tengok! Tapi Buat Kita Sedar”

Kata Erma drama Keluarga Itu dibuat berdasarkan realiti kehidupan sebenar yang berlaku di luar sana.

Hiburan Sat, 20 Jan 2024
#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
error: Content is protected !!