Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 9, 2020 @ 10:43am

Tak Nak Buang Masa… Kalau Jumpa Jodoh, Zizan Razak Akan Terus Ajak Kahwin

Pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak menganggap jodohnya masih belum tiba biarpun hampir semua wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut Zizan, jika dia sudah bertemu dengan gadis yang tepat, dia enggan membuang masa dan mahu terus melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya dah berusia 36 tahun. Siapa yang tak mahu mendirikan rumah tangga? Tapi saya positif, jodoh saya masih belum tiba lagi.

“Semua orang mahu berkahwin, tapi buat masa ini, saya malas untuk memikirkan sangat mengenai perkara ini kerana lebih baik saya menghabiskan masa terhadap kerjaya seni dan bidang perniagaan yang saya ceburi.

“Insya-Allah, bila tiba waktunya nanti, saya bertemu gadis yang tepat dan keluarga masing-masing tiada halangan, saya mahu terus mendirikan masjid tanpa perlu membuang masa,” katanya.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran perasa baharu snek Dorylicious bersama rakan kongsi, Nabil Ahmad dan Achey serta pengasas, Mohd Faizal Aminuddin di Ibu Pejabat Dorylicious, Batu Caves, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizan juga mengakui dia mempunyai ramai kawan wanita dan lebih selesa bersahabat sahaja.

“Saya ramai kawan perempuan, tapi saya rasa lebih selesa bersahabat sahaja. Nak mencuba lebih jauh tu, saya rasa perkara terbabit akan merosakkan persahabatan. Seperti contoh, jika di laman sosial Instagram, saya suka mengusik rakan-rakan artis perempuan.

“Nampak macam nak ‘try’, tapi itu hanya sekadar gurauan di Instagram sahaja. Tapi, tetap akan ada orang gembar-gemburkan. Kalau saya nak betul-betul memikat mereka, tak payah letak ayat manis di Instagram. Saya ada nombor telefon mereka, boleh terus mesej sahaja.

“Orang salah faham kerana semuanya sekadar gurauan sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah. Buat masa ini, saya lebih selesa kerja dan terbaru, saya mahu bantu orang berniaga. Siapa yang mahu cari duit lebih dan hilang pekerjaan, boleh menjadi ejen snek yang saya usahakan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Disangka Kucing Sendiri, Zara Zya Kongsi Detik Seram Bunyi ‘Meow’ Dari Balkoni

Pada awalnya dia menyangka bunyi tersebut datang daripada dua ekor kucing peliharaannya, Beshetik dan Ramlal

Hiburan Sat, 14 May 2022
Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Kaki Kumpul Hati Beri Senyuman Sempena Aidilfitri

Syarikat pengeluar minyak dan gas yang semakin menempa nama di Malaysia, Petron, terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengguna setia mereka. Selepas lebih sepuluh tahun berada di pasaran minyak Malaysia, Petron terus komited dengan visinya […]

Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Ramai Tak Puas Hati Adira Suhaimi Berguru Dengan Andika Putera, Empunya Badan Tampil Bersuara!

Alamak ramai betul ek yang marah Adira berguru dengan Andika

error: Content is protected !!