Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 16, 2020 @ 2:14pm

Kongsi Video Lap Trofi Kemenangan, Naim Daniel Kecewa Lagu Sembah Gagal Ke Pentas AJL35?

Memuat naik video dilaman instagram miliknya semalam, tindakan penyanyi Naim Daniel yang mengelap trofi kemenangan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) menimbulkan tanda tanya.

Ada yang menganggap Naim kecewa dengan keputusan 12 finalis AJL35 yang diumumkan malam tadi.

Namun begitu, jelas Naim, dia tidak kecewa dengan keputusan juri atau sebaliknya.

Perkara terbabit hanyalah simbolik menutup tirai Muzik Muzik edisi ke-35 kali ini. 

Malah, Naim juga mendoakan para finalis yang berjaya ke AJL35 menerusi ruangan kapsyen hantaran terbabit.

“Semua peminat diminta bertenang…”

Bagaimanapun, kekecewaan itu turut dirasai oleh semua peminat dan penyokong beliau sebaik sahaja keputusan 12 finalis yang berjaya ke AJL35 diumumkan semalam.

Melihat kepada kekecewaan yang dialami peminat beliau, Naim berharap agar penyokong dan peminatnya sentiasa tenang menerima keputusan juri dan berharap agar lagu Purnama mampu ke pentas AJL36 pada tahun hadapan. 

Tidak salahkan mana-mana pihak

Tidak timbul isu mahu salahkan mana-mana pihak selepas lagu ciptaanya itu tidak tersenarai antara 12 finalis yang layak beraksi di pentas AJL35.

Malah, Naim mengakui juri yang terlibat dalam pemilihan 12 lagu yang layak itu lebih tahu apa yang diinginkan.

“Saya akur dengan keputusan juri SFMM35 semalam. Sebab mereka lebih tahu apa dilakukan dan diinginkan dalam komposisi sesebuah lagu. Saya tidak ada sebarang bantahan dan saya mendoakan yang terbaik dan insya Allah akan hasilkan lebih banyak karya terbaharu khas untuk industri muzik Malaysia” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Kenapa Lagu Naim Daniel, Yonnyboii & Zynakal Tak Layak Ke AJL35? Ini Jawapan Ketua Juri…

Sumber : Instagram, HM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

Hiburan Tue, 27 Jan 2026

Sasha Abdul Aziz Syukur Rezeki Semakin Bertambah, Pasang Niat Mahu Bayar Zakat Tinggi Tahun Ini

Sasha mengakui dirinya sudah berniat untuk membayar zakat dengan jumlah yang banyak tahun ini. 

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Featured Fri, 16 May 2025
Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Sajat tanya muka korang ada masuk video klip? Korang mampu? 🔥Ramai betul puji Sajat hensem eh…

Featured Thu, 8 Feb 2024

Marissa & Aslam Kahwin 27 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

Allahu, jangan membelakangi orang tuaburuk padahnya😥

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Tam Suhaimi Bertegas Tak Perlu Adegan Panas Untuk Tarik Penonton

Tam Suhaimi tak setuju perlu adengan panas untuk karya laris

error: Content is protected !!