Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 25, 2022 @ 7:38pm

ASP Polis Buat Live Di TikTok Ketika Bertugas Dikecam Ramai… Teruja Cecah 1,900 Tontonan, Sempat Promote Akaun Untuk Raih 100,000 Followers!

Sebelum ini kecoh di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang guru yang membuat ‘live’ TikTok ketika sedang bertugas.

Kini, timbul pula satu konflik baru melibatkan salah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut membuat live di TikTok pada waktu bekerja.

Menerusi sebuah ciapan yang tular di Twitter, netizen mempertikaikan tindakan anggota polis tersebut yang didakwa berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) membuat live sewaktu operasi yang turut disertai bersama beberapa anggota polis yang lain.

Difahamkan, anggota polis tersebut meluahkan rasa teruja dengan jumlah penonton yang menyertai live tersebut telah mencecah sehingga 1,900 tontonan.

Bukan itu sahaja, anggota polis berkenaan turut sempat mempromosikan akaun TikToknya sebagai salah satu usaha untuk meraih 100,000 pengikut.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen mempretikaikan sama ada anggota polis dibenarkan untuk membuat siaran langsung di media sosial lebih-lebih lagi sewatu beroperasi.

Malah, mereka turut menganggap tindakan anggota polis berkenaan tidak beretika dan telah mencemarkan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sememangnya diberi tanda hormat oleh rakyat Malaysia dalam memberi keamanan serta menyelesaikan kes jenayah negara.

Menerusi perkongsian video yang tular, netizen turut menyeru pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada anggota polis tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 28 Aug 2019
Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Featured Sat, 6 May 2023
Featured Fri, 24 Apr 2026

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

error: Content is protected !!