Trending By: Padin December 23, 2020 @ 5:35pm

Trending Di Laman Sosial, Episod 6 Lagu Cinta Kita 2 Cecah 3.84 Juta Penonton

Sejak disiarkan pada 8 November 2020, program ‘music dating’ Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) terus mencipta fenomena sehingga menjadi program paling tinggi ditonton pada malam Ahad yang lalu. Episod 6 LCK2 telah mencecah 3.84 juta penonton dan ‘trending’ di laman media Twitter secara organik sepanjang siaran dari pukul 9.00 hingga 11.30 malam.

LCK2 adalah program realiti nyanyian duet dan mencari jodoh untuk peserta yang bujang dan belum mempunyai pasangan hidup. Di peringkat pertama, para peserta akan dipadankan melalui pilihan lagu yang sama. Setelah dipadankan, peserta akan diberi markah dari segi keserasian semasa persembahan duet setiap minggu. Setelah 6 minggu berlalu  seramai 5 pasangan telah dikeluarkan.

Episod 6 LCK2 memaparkan 8 pasangan duet yang merebut tempat ke pusingan separuh akhir. Menampilkan tema ‘Cinta Sepanjang Zaman’, persembahan nyanyian duet daripada para peserta ialah Syafiq & Serra (Untukmu Sayang), Fariqwan & Mina (Yang Sedang Sedang Saja), Kael & Evie (My Baby You), Adly & Darling (Semakin Hari Semakin Sayang), Iss & Mya (Cintaku 100%), Amir & Balqis (Mulanya Disini), Khareez & Nadeera (Kehebatan Cinta) dan Hafiz & Mafa (Bunga Angkasa). 

Khareez & Nadeera berjaya mendapat markah paling tinggi secara keseluruhan dan diikuti dengan Iss & Mya dan Hariz & Mafa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mummy Lebih ‘Drama’ Di Minggu Ke-6 & Peserta Manakah Yang Dapat Standing Ovation? Jom Recap Persembahan & Komen Penuh Juri Di LCK2

Episod 6 LCK2 telah menyaksikan Amir & Balqis dan Fariqwan & Mina berada di tangga paling corot. Walaupun persembahan nampak romantik di atas pentas namun kesilapan pasangan Amir & Balqis tidak dapat disembunyikan dan mereka disingkirkan.

Tirai persembahan dimulakan oleh pasangan hos, Azwan Ali dan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu popular, Ziana Zain, ‘Anggapanmu’. Episod ini menampilkan Dato’ Seri Vida sebagai panel cinta untuk berbual tentang topik ‘Pisau Cukur’ manakala Black Hanifah tampil sebagai penyanyi jemputan, dan berduet bersama mentornya, Mas Idayu dengan lagu ‘Dua Insan Bercinta’ di hujung program.

Pemarkahan setiap peserta akan ditentukan dengan 70% markah daripada barisan juri profesional dan 30% daripada jumlah undian online di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2 (www.xtra.com.my/lck2). 2 pasangan yang mendapat markah keseluruhan paling rendah akan berhadapan dengan sesi penyingkiran dimana keputusannya terletak pada panel juri cinta iaitu Ajai, Hael Husaini dan Mas Idayu.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran langsung di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dan ia juga boleh strim live HD di www.tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Nov 2020
Featured Fri, 28 Apr 2023

Siri Anime Popular Saluran Animax & GEM Kini Di Tonton!

Bestnya dah boleh layan anime dekat Tonton!

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Trending Fri, 27 Aug 2021

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka! Haa.. Memandangkan negara […]

Featured Wed, 28 Sep 2022
Trending Thu, 18 Jun 2020

Duduk Semeja Melebihi 4 Orang Kini Dibenarkan

Yeay! Dah boleh makan ramai-ramai

Trending Tue, 17 May 2022

Awal Ashaari Didakwa Melakukan Khianat Merosakkan Harta Benda

Awal Ashaari dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khianat.