Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 31, 2020 @ 4:32pm

Caruman Wajib KWSP Kembali Ke Tarikh Asal Mulai Januari Depan

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan  mulai Januari ini, majikan perlu membayar caruman wajib KWSP pada 15 hari bulan setiap bulan.

KWSP berkata ia selaras dengan tarikh asal pembayaran caruman yang ditetapkan oleh KWSP setiap bulan.

Sebelum ini KWSP membenarkan lanjutan tarikh bayaran caruman dari 15 hari bulan kepada 30 hari bulan setiap bulan bagi tempoh dari April hingga Disember tahun ini, dengan tujuan meringankan beban yang ditanggung majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19.

“Tarikh bayaran itu akan kembali ke tarikh asal bagi memastikan caruman pekerja dibayar tanpa kelewatan.

“Bayaran caruman boleh dibuat di portal i-Akaun (Majikan) di laman web KWSP, Perbankan Internet, atau di kaunter bank yang dilantik,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Mon, 29 Sep 2025

23 Tahun Berkarya, Misha Omar Ukir Sejarah Manis Wajah Terpampang Di Times Square

Misha Omar terharu terpampang di New York, Times Square #SpotifyEQUAL

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Mon, 20 Jan 2020
Featured Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

error: Content is protected !!