Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 6, 2021 @ 2:37pm

JAIS Benar Solat Jumaat, Beri Kelonggaran Jumlah Jemaah Di Setiap Masjid

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberikan kelonggaran kepada masjid serta surau untuk melaksanakan solat Jumaat serta solat lima waktu dengan jumlah jemaah yang ditetapkan sejak Isnin lalu.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan, enetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa kes Covid-19 di daerah tersebut.

Jumlah jemaah dilonggarkan

Tambahnya lagi, kelonggaran baharu ini termasuklah kapasiti jemaah iaitu sebanyak 500 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Manakala bagi solat lima waktu, 150 jemaah dibenarkan di kedua-dua masjid berkenaan.

Selain itu, seramai 300 jemaah pula dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di 39 masjid pengurusan serta 17 masjid institusi di negeri Selangor dan 150 jemaah untuk solat lima waktu.

Bagi solat Jumaat di Kuala Selangor, Sabak Bernam serta Hulu Selangor, jumlah jemaah yang dibenarkan ialah mengikut kapasiti ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter manakala untuk solat lima waktu, sebanyak 40 jemaah dibenarkan (termasuk pentadbir).

Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat dan Gombak, hanya 40 jemaah termasuk pentadbir dibenarkan untuk solat Jumaat serta solat lima waktu.

Selain itu, bagi semua surau termasuk surau institusi di seluruh negeri Selangor pula, seramai 40 orang jemaah dibenarkan menunaikan solat lima waktu.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

“Tidak Ada Istilah Payung Emas Atau ‘Free Gift’, Ia Hadis Palsu” – Ini Jawapan Dr Zulkifli Bila Wanita Tolak Poligami

Isu poligami ni memang panas eyh? sepanas hati perempuan bila suami nak kahwin lagi…

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Trending Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Shuk Sahar kini rasa kosong tanpa anak dan isteri disisi.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

error: Content is protected !!