Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2021 @ 7:01am

Setelah Lebih 6 Bulan Bertungkus Lumus, Neelofa Memperkenalkan…

Setelah lebih enam bulan bertungkus lumus, selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd. berkata, aplikasi TheNoor, merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.

“Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.

“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.

“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Perkenal Aplikasi Islamik, Ramai Peminat Teruja

“Kami merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang Syariah.

“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna untuk membeli produk Takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi.

“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini sedang menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.

Selain Neelofa dan Tajuddin, Noor Luminous Sdn. Bhd. turut diterajui oleh Ketua Pegawai Teknologi Mohd. Izzairi Yamin.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store bermula semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023

“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Ehhhh, ghisau! 🤣 Leona cari boyfriend tu guys boleh la cuba apply 😜

Trending Fri, 5 Jan 2018

Padah Bawa Pemetik Api Menyerupai Bom Tangan

Memiliki pemetik api menyerupai bom tangan mengakibatkan seorang pemuda ditahan polis

Trending Wed, 29 Aug 2018

小妹美劳作业「机智复制」抓猫来照描

对于小朋友来说,要画图画得「像」其实不太容易,但是等到长大了才会觉得,那个画得歪歪歪扭扭的样子,其实超可爱超有纪念价值的呀!

Featured Sat, 27 Dec 2025

Netizen Persoal Tak Jaga Jarak Hamil, Tyra Kamaruzaman Tampil Respons – “Tak Perlu Rumitkan Benda Yang Mudah”

Tyra Kamaruzzaman, tampil mempertahakan dirinya selepas seorang individu mendakwa dia tidak menjaga jarak kehamilan antara anak pertama dan anak keduanya.

Trending Tue, 26 Dec 2017

Bunuh Majikan Kerana Tak Luluskan Cuti

Menikam majikannya sehingga mati selepas tidak meluluskan permohonan cutinya, seorang juruteknik Pakistan dihadapkan ke mahkamah Dubai.

Hiburan Sat, 14 May 2022
Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang […]

error: Content is protected !!