Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 8, 2021 @ 3:42pm

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan.

Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila melihat barang pelanggan dilakukan sedemikian rupa.

“Allah… Mana pergi sifat amanah dan tanggungjawab ketika menjalankan kerja? Sarah yang tengok ni pun sedih sangat barang-barang dibeli hasil titik peluh dicampak dan dibaling.

“Kalau ada masalah sekalipun, janganlah sampai kita merosakkan barang yang bukan kepunyaan dan hak kita,” tulis Sarah.

Sarah berkongsi semula potongan video tular di laman Instagram miliknya.

Namun begitu, Sarah percaya pasti ada perkara lain yang berlaku yang menjadi penyebab kejadian terbabit.

“Tapi, mesti ada sebab kenapa mereka bertindak demikian. Apa yang Sarah baca tadi, katanya ada problem sikit dari segi komisyen? Wallahualam.

“Hmmm… Tak tahu apa cerita sebenarnya, tapi tak best juga untuk mereka yang bekerja kalau melibatkan komisyen ni,” katanya.

Tambah pemilik jenama Loveta dan Ratasya Cosmetics ini lagi, majikan dan pekerja harus duduk berbincang terlebih dahulu sekiranya timbul sebarang masalah.

“Kalau ada masalah, duduk berbincang dulu majikan dan pekerja, janganlah buat macam tu sebab barang-barang tu semua tak salah tau!

“Kesian pembeli yang menanti penuh sabar nak dapat parcel dekat rumah. Sarah harap pihak majikan segera ambil tahu isu ini dan sentiasa mengambil maklum masalah dan keluhan pekerja.

“Sarah doakan yang terbaik buat semua.. Harapnya barang yang dicampak itu bukan barang @lovetahq. Kesian customer Sarah yang tunggu dengan penuh sabar tu,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Terdahulu, video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di laman sosial secara meluas itu mencetuskan kebimbangan ramai pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Featured Tue, 26 Oct 2021
Hiburan Sun, 18 Feb 2024
Hiburan Fri, 25 Apr 2025
Featured Thu, 29 Jul 2021

Rayuan BPR Fasa Ke 2 : Tarikh Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua pada Jun lalu, tarikh semakan bayaran boleh dilakukan bermula Ogos ini. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, golongan isi rumah B40 akan […]

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

error: Content is protected !!