Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 12, 2021 @ 2:12pm

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV dan musim pengenalan program ini menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Famili Duo merupakan program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia.

“Kami berharap agar program ini dapat mengeratkan silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga dan menghubungkan individu menerusi muzik dalam berkongsi erti kasih sayang.

“Dalam keadaan masih memerangi pandemik COVID-19, kami sentiasa peka dalam aspek keselamatan di samping menyediakan program TV berkualiti dengan pematuhan SOP yang lebih ketat. Jadi, Famili Duo diperkenalkan pada masa sekarang kerana ia amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga,” kata Khairul.

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri.

Uniknya, program ini menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod.

Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas.

Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.

Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo.

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Famili Duo dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini.

Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Mar 2025

Semakin Sibuk Dengan Bisnes, Fazura Akui Lama Tak Keluar Rumah Sejak Habis Idah – “Mana Saya Pergi Fatima Mesti Kena Ikut”

Nur Fazura akui lama tak keluar rumah sejak habis tempoh idah, Fatima tak nak berenggang

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Tue, 7 Jan 2025
Trending Wed, 7 Oct 2020
Featured Mon, 15 Jun 2026

Siti Nordiana Berat Hati Lepaskan Anak Lanjut Pelajaran – “Saya Kena Kuat Semangat”

Siti Nordiana mengakui perlu kuat semangat apabila terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie

Featured Wed, 8 Jun 2022
error: Content is protected !!