Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 14, 2021 @ 6:51pm

“Tak Boleh Nak Give Up Macam Dulu” – Ayu Damit

Juara program realiti On In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu Damit kini kembali memeriahkan dunia seni tanah air.

Sebagai permulaan, Ayu tampil dengan single berjudul Permata yang dicipta dan ditulis oleh Mohd. Atlas bersama Zimi Sofazr serta diterbitkan oleh syarikat Saudagar Seni.

“Masa saya sedang sibuk dengan sebuah program realiti hujung tahun lalu, Datuk Gulzar (Mohd Atlas) ajak jumpa sebab sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan beliau.

“Bila berjumpa, beliau hasilkan melodi dan lirik dalam tempoh satu malam, ciptaan Mohd. Atlas dengan Zimi. Pada malam itu juga kami terus sesuaikan melodi dan lirik sehingga ke pagi.

“Saya tertarik bila tengok liriknya yang banyak maksud tersirat. Lagu ini khas untuk pasangan suami isteri.

“Kalau untuk saya, suami (Syed Fauzi Syed Baharuddin) yang jadi tulang belakang kepada perjuangan dalam lirik lagu itu semua ada maksudnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu mengakui sedikit bimbang sewaktu berada di studio rakaman.

“Tak kekok sangat, cuma saya bimbang tentang pengawalan suara dekat mikrofon, itu saja. Perkara lain, Alhamdulillah, saya dapat buat.

“Kalau ikutkan, lepas rakaman lagu dalam studio nak buat video muzik, dah siap rancang semua tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tak boleh nak realisasikan. Jadi keluar video lirik dulu,” jelasnya.

Menjelaskan tentang penampilan Permata, Ayu berharap, single ini dapat mengingatkan orang ramai tentang kehadirannya dalam bidang seni suara.

“Bila dah masuk sebuah program reality tahun lalu, itu adalah pentas untuk saya keluar balik dalam industri bila orang dah lama tak tengok saya di kaca TV.

“Bila lepas tamatnya program itu dan saya keluarkan produk, itu satu promosi yang bagus. Sekurang-kurangnya, peminat tidak akan melupakan kita sebaik saja program itu tamat.

“Saya harap perkara ini berkekalan dan saya akan teruskan lagi perjuangan dalam bidang seni. Kalau dulu, saya berfikiran, kita buat lagu tapi tak main pun kat radio, dan cepat putus asa.

“Sekarang ini, pengikut pun dah ada, saya rasa peminat pun dah nampak balik kehadiran saya dan kena teruskan perjuanganlah, tak boleh nak give up seperti dulu,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Fri, 4 Sep 2020
Hiburan Tue, 9 May 2023
Trending Fri, 30 Jul 2021

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Kepada Semua Peminjam Dilanjutkan – AIM

Berkuatkuasa pada tarikh yang telah ditetapkan

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Bael0n Beri Nafas Baharu Lagu Amelina

Selebriti TikTok yang kini bergelar penyanyi, Bael0n kini tampil memberikan nafas baharu kepada lagu Rindu nyanyian asal Amelina dalam versi tersendiri. Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angina baharu kepada pendengar […]

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

Hiburan Tue, 29 Oct 2024

Tak Baca Komen Kecaman Busana Miss Universe Malaysia 2024, Ezuwan Ismail Terus Optimis Beri Hasil Kerja Terbaik

Ezuwan Ismail tak baca komen buruk mengenai busana rekaannya untuk Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024.

error: Content is protected !!