Trending By: Padin March 18, 2021 @ 6:59am

Zed Zaidi Cadang Artis Diberikan Vaksin Awal, Gunakan Pengaruh Anak Seni Untuk…

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan mereka mendengar banyak keluhan dan menerima banyak aduan daripada anak seni mengenai kekerapan melakukan ujian calitan (swab test) sebelum memulakan sesebuah projek.

Pelakon dan kru produksi perlu melakukan swab test setiap kali menjalani sesuatu projek penggambaran.

Atas sebab itu, mereka ingin mengusulkan cadangan agar kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin untuk diberikan terlebih dulu kepada golongan artis di Malaysia.

Menurut Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, kelebihan selebriti sebagai individu yang mempunyai pengaruh di laman sosial harus digunakan untuk menyebarkan informasi tepat dan berguna mengenai vaksin dan proses vaksinasi COVID-19.

“Kalau kita lihat, banyak negara luar dan yang terdekat, negara jiran, Indonesia menggunakan pengaruh artis untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.

“Bagi kami, kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di Malaysia. Seniman memang bersedia untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi COVID-19 melalui media sosial para selebriti tersebut,” kata Zed yang ditemui sidang media Survival Pandemik Anak Seni yang diadakan oleh Seniman semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman Bantu 100 Ahli Terjejas Akibat Pandemik Untuk Jana Pendapatan

Selain itu, Zed turut memohon pihak berkuasa mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang wajib dilakukan oleh golongan selebriti dan krew setiap kali mereka memulakan sesebuah projek baharu.

“Kami berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian calitan terbabit dilonggarkan. Seniman banyak dapat aduan daripada artis yang bergelar pelakon, mereka wajib untuk melakukan ujian calitan setiap kali memulakan ‘job’ baru.

“Ada yang baru sahaja mahu bernafas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menerima dua atau tiga tawaran serentak. Mereka mengadu yang mereka wajib menjalani ujian calitan setiap kali menjayakan projek baru.

“Kami berharap SOP sebegini dipertimbangkan semula dan wujud mekanisme lain untuk mengatasi masalah ini. Andai kata jika dah dapat vaksin, tak perlu mereka banyak kali buat ujian calitan setiap kali dapat tawaran kerja baru,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Sep 2023
Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Featured Wed, 22 Jun 2022
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni