Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 22, 2021 @ 3:30pm

“Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

Ketika ditemui pada majlis 2 Legasi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya baru-baru ini, Izara Aishah mengakui kehadiran instafamous dalam industri lakonan pada masa kini semakin rancak.

 

Namun, Izara berharap agar golongan instafamous ini mempunyai inisiatif sendiri termasuklah memasuki kelas lakonan bagi memantapkan lakonan dan penghayatan mereka serta sentiasa menjaga disiplin agar kekal relevan dalam industri dan bukan hanya ‘main-main’ sahaja.

” Memang sesiapun boleh jadi pelakon, tetapi sesiapa pun itu saya harap seriuslah. Kalau betul-betul nak buat, saya harap mereka bersungguh-sungguh, sebab tahu ada segelintir mereka yang hanya  mahu main-main sahaja”

 

Sumber : Instagram@izaraishahofficial

“Kami yang memang dalam dunia lakonan ni, memang akan terasa sikit…”

Sumber : Instagram@izaraishah

Mengakui sedikit terkesan dengan kehadiran instafamous yang hanya popular hanya pada nama dan pengikut dilaman sosial tanpa menitiberatkan kualiti lakonan, Izara Aishah atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 29, berkata artis yang sememangnya ada kini akan terasa jika pelakon ini hanya sekadar suka-suka.

 

“Kami yang memang dalam dunia berlakon ni memang akan terasa sikit sebab kita bersungguh-sungguh kerja di set tapi ada pula yang sebaliknya. Pelakon baharu pun perlulah berusaha sendiri dengan masuk kelas lakonan. Pastikan jadi pelakon yang nak belajar untuk menjiwai watak dan karakter jangan sekejap ada,sekejap tenggelam pula kan…”

 

Izara juga berpendapat bahawa jumlah tontonan sesebuah drama atau filem itu bukannya bergantung kepada berapa ramai followers mereka di laman sosial.

 

Menyifatkan Sharifah Amani sebagai pelakon berpengalaman dan berbakat ia sekaligus mampu menarik ramai penonton kerana filem-filem beliau ternyata mempunyai kualiti dan ianya bukan dinilai berdasarkan kepada jumlah pengikut beliau.

 

“Bagi saya walaupun ramai followers di media sosial tidak semestinya membantu dari segi tontonan yang tinggi, kadang-kadang pengikut dia bukan tengok pun”
“Saya bukan tiadk bersetuju dengan cara pemilihan itu, kalau nak ambil pelakon ambillah dengan cara yang betul contohnya buat uji bakat supaya pelakon yang dipilih boleh dinilai pada bakatnya”

 

Terdahulu, Izara Aishah dilihat pernah memuat naik status di Twitter mempertikaikan stesen televisyen yang lebih memilih instafamous untuk tawaran berlakon hanya kerana disebabkan bayaran yang agak murah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Korban Juadah Raya, Trisha Ooi Fokus Kejohanan Tinju Di Dubai Lawan Wakil Indonesia

Trisha berkata penyertaannya dalam sukan tinju bukan sekadar suka-suka

Trending Fri, 12 Feb 2021

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV […]

Trending Fri, 28 Jun 2019

Lepas New Zealand, Perancis Pula! Penembak Lepas Tembakan Di Masjid, Imam Cedera

Penembak lepaskan tembakan di luar masjid di Perancis

error: Content is protected !!