Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 30, 2021 @ 2:46pm

Kumpulan Antarabangsa COLDPLAY Jadikan Malaysia Lokasi Pertama, Taja Interceptor 005

Bagi peminat kumpulan antarabangsa yang popular menerusi lagu Fix You dan Yellow, Coldplay bakal menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama projek terkini mereka.

Kumpulan muzik popular Britain ini mengumumkan kolaborasi mereka bersama pertubuhan The Ocean Cleanup dalam usaha mencegah dan mengawal pencemaran sampah daripada memasuki laut.

Dan, sebagai penyokong kuat inisiatif hijau dunia, Coldplay juga akan menaja mesin memerangkap sampah yang bakal digunakan di Malaysia yang dikenali sebagai Interceptor 005.

Ini adalah Interceptor kedua yang beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002  yang beroperasi di Sungai Klang pada tahun 2019.

Sumber : Twitter

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia merupakan negara pertama yang menerima Interceptor 005 yang dilaporkan mampu memerangkap sampah sebanyak 100 tan sehari.

Tambahnya lagi, sejak 2019 pihak The Ocean Cleanup mengumumkan inisiatif Interceptor adalah untuk saluran air tercemar di seluruh dunia termasuklah, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat.

 

Sumber :  Twitter, Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Apr 2026
Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal […]

Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

Featured Sat, 2 May 2026
Featured Thu, 9 Jan 2025
error: Content is protected !!