Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 7, 2021 @ 7:25pm

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air.

Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari bakat bakat baharu seawal usia 14 hingga 18 tahun.

Bakat bakat ini pula akan dilatih dengan cukup teliti sebelum dilepaskan dengan ‘bergaya’ sebagai salah satu bakat baharu yang akan menyambung legasi muzik tanah air dengan ilmu penuh di dada.

Panggung Tok Ram yang mendapat tajaan penuh dari Farm Fresh ini mempunyai misi yang cukup besar. Tok Ram bukan mahu mencari bakat yang berada di gelanggang seni setahun dua, namun mahu membiakkan anak seni yang sentiasa segar bertahun lamanya.

“Panggung Tok Ram adalah sebuah platform untuk pencinta seni dan generasi muda. Saya akan salurkan data selama 47 tahun kepada pelapis seawal usia 14 tahun.

“Apa yang ada dalam kepala saya, saya akan pindahkan kepada mereka. Mereka mungkin bertuah tetapi ini bukan kerja senang.

“Kami mahukan pelapis yang mempunyai bakat yang dikurniakan tuhan dan juga ada minda yang cergas.

“Mereka akan mendapat sesuatu yang intelektual kerana saya akan mengajar. Saya mahu melatih otak mereka (train the brain)”, katanya.

Kelak Panggung Tok Ram akan memulakan pencarian bakat yang berpotensi untuk dicungkil kualiti mereka secara digital.

Pencarian akan memakan masa beberapa bulan sebelum Tok Ram dan pihak Farm Fresh menilai faktor X yang diperlukan untuk program ini.

Meletakkan bakat nyanyian sebagai keutamaan dalam Panggung Tok Ram, namun pihak mereka tidak menolak sekiranya ada bakat yang dilihat mampu mengalir ke aliran lakonan.

Untuk peserta yang berminat, boleh menghantar demo nyanyian melalui whatsapp ke nombor berikut 013- 6268839.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan sebuah pengetahuan seni yang berkualiti daripada meastro Tok Ram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018

爸爸到模特女儿拍摄地点「神还原女儿写真」

美国一名女高中生Kendel Divarco 因赢得了全国模特儿比赛,而得到了前往拉斯维加斯拍写真集的机会;没想到后来Kendel的父母因为工作关系,也去到了Kendel在拉斯维加斯拍摄写真集的同一间酒店,接下来发生的事让她哭笑不得……

Acara Fri, 1 Mar 2019
Events Fri, 19 Aug 2022

“Sila Datang Berjumpa Saya” – Alicia Amin Buat Protes di KLFW Tuntut Keadilan

Berani kerana benar! Tak semua berani tuntut keadilan macam Alicia ni.

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Hiburan Wed, 13 Sep 2023

Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

Memang bagus kalau boleh akses CCTV terus.. Awww kejap je masa tetiba Bilal dah nak pegi school!

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Elizabeth Tan Masih Berjumpa Pakar Psikiatri & Makan Ubat, Rancang Kembali Menyanyi Tahun Depan

Kesihatan perlu diutamakan okay! Semoga urusan Lizzy dipermudahkan

Hiburan Mon, 1 Apr 2024
Trending Tue, 13 Mar 2018

Elon Musk – “Jajah Marikh Untuk Spesis Manusia”

Musk mengeluarkan kenyataan berikut semasa Festival SXSW selepas Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk bertemu pemimpin Korea Utara bagi membincangkan isu-isu berkenaan senjata nuklear.

error: Content is protected !!