Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2021 @ 10:13am

“Berikan Ruang…” – Sajat Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Aliff Syukri Mohon Hentikan Kutukan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rakannya, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa.

Pelantun lagu Abang Nak Tegur itu turut meminta agar orang ramai berhenti mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada Sajat.

“Kita tak tahu masalah sebenar yang dilalui Sajat. Lebih baik berhenti mengutuk dan terus mendoakan yang terbaik.

“Sebagai rakan, saya sendiri selalu berdoa agar Sajat sentiasa dalam kebaikan. Saya harap orang ramai juga sama, bila kita doa yang baik-baik, dia juga akan melakukan kebaikan.

“Semua orang buat salah, semua orang buat silap. Saya enggan ulas panjang. Bagi saya, apa yang dia buat, itu adalah tindakan dia dan saya percaya dia lebih matang.

“Saya tak mahu memenangkan mana-mana pihak. Saya sentiasa doakan dia kekal menjadi seorang yang beragama Islam. Saya yakin dia seorang yang baik. Jadi, kita doakan saja yang terbaik.

“Apa yang saya harapkan, orang ramai berikan dia ruang. Biar pihak berwajib yang selesaikan kes dia dan membuat keputusan. Jangan hakimi dia, jangan jatuhkan hukum serta jangan kutuk dia.

“Kita sendiri tak alami apa yang dia rasa, kita tak tahu sakit dia, kita tak tahu masalah dia, jadi doa saja yang baik-baik,” katanya.

Pelakon filem Badang ini turut mendedahkan dia sendiri sudah lama tidak berhubung dengan Sajat.

“Saya terkejut dengan apa yang jadi. Saya sendiri lama tak contact dengan dia. Sebagai seorang rakan, saya selalu doakan kebaikan untuk dirinya. Perkara yang buruk, biarlah antara dia dengan Tuhan.

“Saya tak menangkan sesiapa, saya sendiri lama tak jumpa dia. Cuma saya ingin katakan, kita sendiri ada kekurangan. Jika kita rasa orang lain buruk, kita sendiri ada keburukan. Kalau kita rasa orang lain jahat, kita sendiri ada kejahatan,” katanya lagi.

Aliff ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai e-duta Gintell di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pelantikan terbabit, Aliff berkata dia gembira apabila dipilih menjadi wajah kepada kerusi urut itu.

“Saya ingat apabila kurang kontroversi, saya sudah tidak laku. Tapi syukur rezeki masih ada, saya dapat sambutan yang bagus sangat. Saya dilantik selama setahun. Saya gembira, bersyukur dan teruja sebab dapat menjadi duta jenama ini.

“Ia bermula secara kebetulan yang mana saya memang pengguna kerusi urut ini. Apabila saya buat sesi siaran langsung di Instagram, tidak menjangka CEO Gintell tengok dan bertanya. Saya pun balas. Ketika itu tidak tahu lagi dia siapa. Dia terus ajak berbincang dan tawarkan menjadi duta,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Trending Sat, 30 Jan 2021

Isma Sane Kongsi Pengalaman Sebenar Bercinta

Ramai yang tulis lagu berdasarkan pengalaman sendiri..

Featured Sat, 14 Jan 2023

“Bertuah Punya Anak” – Gelagat Rayyan Panggil Siti Nordiana Macam Kawan Undang Tawa!

Penyanyi Siti Nordiana yang mesra disapa Nana bersama anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie tular di TikTok kerana gelagat ‘gila-gila’ mereka berdua. @koleksivideositinordiana #sitinordiana ♬ original sound – koleksivideositinordiana Menerusi perkongsian itu, Nana telah dimarahi oleh […]

Featured Tue, 24 May 2022
Featured Wed, 13 Aug 2025

“Pembuli Tak Pernah Hebat, Mereka Adalah ‘Loser’ Sebab…” – Zizi Kirana

Zizi Kirana tampil mengulas mengenai isu buli yang sedang hangat diperkatakan kini.

Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Tampilkan Rosyam Nor, Fauziah Ahmad Daud, Erra Fazira & Ramai Lagi, Intuisi Evolusi Emas Semarakkan FFM 33

Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menganjurkan Intuisi Evolusi Emas FFM33 untuk menyemarakkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33).

error: Content is protected !!