Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 23, 2021 @ 10:59pm

Sebilangan Kecil Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes- Ismail Sabri

Walaupun musim perayaan Aidilfitri hampir menjelang tiba namun sehingga ke hari ini pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kerana ia merupakan antara penyumbang peningkatan kes Covid-19.

Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, majoriti rakyat Malaysia mematuhi SOP yang ditetapkan namun terdapat sebilangan kecil yang menyum
bang kepada kenaikan kes.

“Sebenarnya, tahap kepatuhan rakyat tinggi. Cuma sebilangan kecil yang gagal mematuhi SOP dan akhirnya menjadi punca kes meningkat naik.

“Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan salah satu penyebab peningkatan kes harian adalah akibat daripada pergerakan rentas negeri”, kata beliau di sidang media Covid-19 hari ini.

Tambah beliau lagi aktiviti seperti pulang ke kampung, menghadiri majlis-majlis sosial meningkatkan risiko jangkitan kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]

Trending Sat, 16 Oct 2021

Sajian Program Istimewa Di TV3 Bersempena Dengan Sambutan Maulidur Rasul

Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW merupakan hari yang bersejarah dalam kalendar Islam. Setiap kali menjelang 12 Rabiulawal, bersamaan dengan 19 Oktober 2021, umat Islam di seluruh dunia akan menyambutnya dengan pelbagai aktiviti ilmu, ceramah dan […]

Hiburan Wed, 17 May 2023
Featured Sat, 16 Oct 2021
Trending Wed, 11 Aug 2021
error: Content is protected !!