Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 17, 2021 @ 12:56pm

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Rakyat diminta agar tidak panik susulan kenyataan yang tular di laman sosial sejak semalam berkaitan dua badan perisikan Israel dilaporkan mendapat ‘lampu hijau’ untuk menghapuskan pemimpin pejuang Hamas yang berada di dalam dan luar Gaza, termasuklah  di Malaysia.

Justeru itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipantau setiap masa bagi memastikan sebarang ancaman dapat ditangani sewajarnya.

Malah, ATM sentiasa memastikan aspek keselamatan dan pertahanan siber daripada sebarang ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan.

”Arahan yang dikeluarkan mengenai serangan siber adalah normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan dan langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber.
“Ia sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan pentadbir sistem siber (ICT) ATM serta Kementerian Pertahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) sentiasa mempertingkatkan aspek keselamatan siber ATM dalam memperkukuhkan rangkaian komunikasi ATM termasuk melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

Selain itu, ATM juga mendapati terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia.

Terdahulu, Malaysia tersenarai antara negara yang akan menerima serangan ejen perisikan Israel selain Iran dan Turki.

 

Sumber : Awani, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Sep 2018

Polis Digantung Kerja Gara-Gara Tak Kenal Bos Sendiri

Dua pegawai polis di Noida, India digantung kerja kerana didakwa tidak berdisiplin selepas mereka gagal mengenali kenderaan Ketua Polis Uttar Pradesh pada Rabu, kata para pegawai. Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh sedang dalam perjalanan […]

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Trending Wed, 6 Nov 2019
Featured Mon, 22 Jul 2024
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Trending Wed, 26 Dec 2018

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas

error: Content is protected !!