Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 25, 2021 @ 3:00pm

Tiada Pemotongan! Tempoh Lewat Bayar Bekalan Elektrik Dilanjutkan Sehingga…

Selaras dengan bantuan yang diperkenalkan kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi mengurangkan bil elektrik rakyat terutamanya pengguna domestik. Pengecualian pemotongan bekalan elektrik  akan dilanjutkan.

Bagi pengguna yang terlewat membayar bil elektrik bulanan,  mereka TIDAK akan dikenakan pemotongan bekalan tersebut berikutan kerajaan beretuju melanjutkan inisiatif tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah bagi tunggakan kurang dari 6 bulan.

  • 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021 (KINI DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN 2021)

Menurut Menterinya, Datuk  Dr Shamsul Anuar Nasarah, pelaksanaan ini setelah mengambil kira keperluan bagi membantu rakyat dalam tempoh Covid-19 yang semakin panjang.

Malah, inisiatif ini juga turut dilakukan hasil  kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB).

Syarat pengecualian pemotongan

Bekalan elektrik pengguna TIDAK akan dipotong sekiranya terlewat bayar sehingga 30 Jun 2021 dengan syarat :

  • TIDAK mempunyai tunggakan sehingga 6 bulan

Pembayaran bil elektrik secara ansuran?

Kategori pengguna ini juga akan diberikan kemudahan untuk membuat pembayaran bil secara ansuran selama 6 bulan mulai :

  • 1 Januari hingga 30 Jun 2021

Selain itu, TNB juga TIDAK mengenakan caj tambahan terhadap pengguna sepanjang tempoh ansuran ini.

 

 

Sumber : Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Dec 2025

Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Umai memberikan Anugerah Artis Baru Popular ABPBH37 didedikasikan kepada nenek dan juga ibunya, Siti Sairah.

Featured Sat, 31 Jan 2026

Aisyah Aziz Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil

Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Tue, 8 May 2018

Patah Tumbuh Hilang Berganti, Brooklyn Kini Berpacaran Dengan Wanita Berusia

Patah tumbuh hilang berganti. Tidak berapa lama kembali dengan status single selepas  berpisah dengan aktres Chloe Moretz, ruang hati Brooklyn Beckham kembali terisi.

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!