Trending By: Padin June 13, 2021 @ 12:16pm

Bawa Pulang Proton X50, Macbook Air, Wang Tunai & Banyak Lagi Apabila Menyimpan di SSPN-i!

Anda ada simpanan? Kalau tak ada, anda dah boleh dah mula menyimpan sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu semasa pandemik ni.

Bagi yang dah berkeluarga tu lagilah penting untuk ada simpanan buat pelajaran dan masa depan anak-anak. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.

Haa, cakap tentang simpanan, baru-baru ini Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah menganjurkan kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021. Eh..dengar cerita ada pelbagai hadiah menarik yang anda boleh menangi seperti Proton X50, Macbook Air, baucar barang kemas dan banyak lagi!

Menangi hadiah hebat bernilai sehingga RM240,000!

Kalau anda nak tahu, kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 ni bertujuan untuk menggalakkan serta meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kelebihan simpanan untuk masa depan, dalam masa yang sama memupuk budaya menyimpan.

Di samping menyimpan, anda juga berpeluang untuk nikmati pelbagai ganjaran menarik dan hadiah lumayan dari SSPN. Bestnya, simpan duit lepas tu dapat pula hadiah!

Nak tahu macam mana nak sertai? Ini syarat-syaratnya:

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i
  2. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan dalam tempoh kempen
  3. Setiap simpanan RM50 yang dibuat akan melayakkan satu (1) cabutan
  4. Pendeposit perlu membuat pengekalan simpanan selama TIGA (3) BULAN selepas tamat tempoh kempen iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2021
  5. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan
  6. Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/emel/panggilan telefon atau kaedah penyampaian yang bersesuaian
  7. Tempoh kempen: Bermula 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021

Kempen ini terbahagi kepada 3 kategori kelayakan:

Kategori Platinum
Pendeposit RM15,000 dan ke atas

Kategori Gold
Pendeposit RM8,000.00 – RM14,999.99

Kategori Silver
Pendeposit RM200.00 – RM7,999.99

Ini antara hadiah menarik yang anda boleh menangi!

Kategori Platinum
Tempat Pertama – 1 x Kereta Proton X50
Tempat Kedua – 1 x Baucar Barang Kemas bernilai RM10,000
Tempat Ketiga – 1 x Komputer Riba Apple Macbook Air
Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM800

Kategori Gold
Tempat Pertama – 1 x Kereta Perodua Myvi 1.5cc
Tempat Kedua – 1 x Komputer Riba DELL intel Core i5
Tempat Ketiga – Baucar Barang Kemas RM5,000
Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM500

Kategori Silver
Tempat Pertama – 1 x Motosikal Yamaha Y15zr
Tempat Kedua – 1 x Komputer Riba DELL intel Core i3
Tempat Ketiga – 1 x Baucar Barang Kemas RM2,000
Saguhati – 10 x Tunai SSPN-i bernilai RM200

Tertakluk terma dan syarat.

Jadi, apa tunggu lagi. Simpanlah di SSPN-i sekarang, mana tahu anda antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah-hadiah lumayan ini!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021, layari laman web mereka di SINI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Jul 2021

Jangan Cabar Arahan Kerajaan, TPM Beri Amaran Kepada Pengilang

Ini bukan masa nak pentingkan diri sendiri ye gaissss

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di […]

Trending Fri, 13 Apr 2018

Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, Ubati Rindu Peminat Jihan Muse

Selepas sekian lama berehat untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.

Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.

Featured Mon, 5 Dec 2022