Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 13, 2021 @ 8:36am

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini.

Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang remaja popular, Justin Bieber dan lagu hit beliau ‘Baby’ semasa umurnya 12 tahun dan sejak itu, dirinya kerap mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur.

Ketika membesar, dia didedahkan dengan muzik persembahan ikon-ikon nyanyian tersohor dunia seperti bintang legenda Elvis Presley, Raja Pop Michael Jackson serta nama-nama lain termasuk Drake, Travis Scott dan juga kumpulan One Direction.

Pengaruh muzik aneka warna ini telah menyemarakkan lagi cintanya terhadap dunia muzik.
Lantas sepanjang persekolahan menengahnya, dia mula mencipta lagu di dalam fikirannya dan akhirnya merakam sebuah lagu semasa berumur 17 tahun.

“Mencipta lagu tidak susah buat saya. Ia seperti minda pra-sedar saya yang mengambil alih dan saya hanya perlu menterjemahkan idea tersebut ke dalam lagu. Saya dapat cetusan ilham sedikit demi sedikit dan pada bila-bila waktu di mana sahaja.

“Jadi saya akan masukkan semua itu ke dalam nota saya dan saat idea tergendala seketika saya hanya perlu merujuk semula catatan saya dan kemudian ia menjadi seperti sebuah pintu penuh ilham,” kata YHB.

Tanpa disangka sedutan rakaman ringkas itu bakal mengubah kehidupannya kala ia mencuri perhatian dua bintang hip hop ternama iaitu ALYPH dan juga SonaOne melalui kuasa media sosial.

Pertemuan itu telah merealisasikan impiannya saat Def Jam Asia Tenggara memberikannya peluang dan menjadikannya salah seorang artis rakaman mereka.

Sejak itu, YHB tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bersemangat untuk membuat perubahan dalam dunia muzik pop serta hip hop.

Mampu berbahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar telah memberikannya kelebihan dalam menyampaikan muziknya kepada segmen pendengar yang lebih luas.

Kini, YHB muncul dengan single terbaru, kolaborasi bersama SonaOne yang berjudul Jatuh Boi.

Lagu Jatuh Boi boleh didengari di semua platform muzik digital pilihan anda dan di laman YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Tue, 7 Mar 2023

Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Ulas Sebab Enggan Cerai Puteri Sarah.. Hanya Tunjuk Tanda Jari ‘Peace’ & ‘Allah Yang Satu’

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini” – Peguam Syamsul Yusof.

Featured Fri, 9 Apr 2021

Tindakan Tegas Diambil Jika Palsukan Dokumen Rentas Negeri – Ismail Sabri

Berikutan isu borang rentas negeri yang tular di media sosial baru – baru ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan amaran supaya mana-mana pihak tidak memalsukan dokumen rentas negeri. “Orang awam perlu […]

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Isteri Ben Amir Perjelas Sebab Buat Majlis Kahwin Sederhana & ‘Intimate’ 

Liana berkata dia dan Ben tidak memikirkan tentang majlis yang besar-besaran

Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Fatin Afeefa Landing Atas Suami, Netizen Tinggalkan Komen Nakal

Amboiiii, pasangan sejoli nii 🤩 Bahagianya dah kahwin hihi Alhamdulillah moga kekal berkasih sayang! Sweet gituuu

Hiburan Sat, 8 Mar 2025
error: Content is protected !!