Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 17, 2021 @ 8:37pm

Aedy Ashraf Sudah Mula Cerewet – “Sebab Ia Beri Impak Kepada Diri Saya…”

Sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air sejak 20 tahun yang lalu, pelakon dan model, Aedy Ashraf akui dirinya kini lebih cerewet.

Menurutnya, sejak berkecimpung dalam dunia lakonan pada usia 10 tahun, mentaliti untuk memilih watak dan naskhah masih belum timbul memandangkan pada ketika itu beliau sekadar hanya mahu meneruskan kerjaya dan minat sahaja.

Namun, sejak dua tahun yang lalu, Aedy mula mengambil inisiatif untuk lebih cerewet dari segi pemilihan skrip dan watak memandangkan ianya secara tidak langsung memberi impak buat dirinya.

“Saya sudah dalam industri 20 tahun atau lebih, cuma baru-baru ini, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu saya decide untuk pilih sebab saya nak buat diri saya happy”

“Dan, ianya sedikit sebanyak memberi impak kepada diri sendiri, karier dan hidup saya”

Aedy Ashraf atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf Rosmadi, 27, mengakui namanya mula mencanak naik apabila drama lakonannya dalam Budak Tebing dan Project Anchor SPM bersama Daiyan Trisha mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

“I put an effort on that. Lagipun Daiyan sangat memberi (chemistry) dan sambutan memberangsangkan dalam Budak Tebing 1 memang diluar jangkaan”

Selain itu, Aedy juga menekankan bahawa dalam sesuatu lakonan itu, kejujuran adalah perkara penting kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam menzahirkan watak supaya dekat dihati penonton.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini, Aedy bakal muncul dalam drama Budak Tebing 2 bermula 18 Jun 2021, menerusi slot Lestary, pada setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam, hanya di TV3! Jangan lupa tengok okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Jul 2021

Dilarang Ziarah Hari Raya Aidiladha, Polis Akan Periksa Rumah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan membuat pemeriksaan secara rawak di beberapa buah perumahan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti ziarah menziarahi sempena Hari Raya Aidiladha. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) […]

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Doa Termakbul, Watie Hanifiah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibu 

Watie Hanifiah syukur impian dan doanya di tanah suci kota makkah tahun lalu akhirnya termakbul

Events Mon, 20 Jan 2025

Anak Muda Malaysia Terajui Perubahan Dengan Kisah Inspirasi & Pandangan Berpengaruh Di YouthSAYS

YouthSAYS mengajak anak muda Malaysia berkongsi pandangan mereka.

Featured Mon, 23 Jun 2025
error: Content is protected !!