Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Padin June 17, 2021 @ 6:02pm

“Sebagai Manusia Hidup Bermasyarakat, Kita Perlu…” – Loca B Tak Sabar Menanti Tarikh Temujanji Vaksin

Penyanyi rap, Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 29, tak sabar menanti tarikh untuk temujanji vaksin Covid-19.

Memberikan pandangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan, Loca sudah mendaftar namun masih belum mendapat slot.

“Saya dan suami, Tuju sudah mendaftar semenjak program itu dibuka. Namun begitu, Tuju sudah dapat slot untuk temujanji, manakala saya masih menanti. Sejujurnya, kami tak sabar menanti vaksin,” katanya.

Tambah Loca, dia dan suami percaya vaksin boleh membantu untuk mengekang pandemik Covid-19 ini.

“Kami secara peribadinya percaya vaksin bagus untuk masyarakat kita. Wabak ini masih tiada ubat. Pengambilan vaksin adalah perkara paling dekat yang boleh membantu kita semua, seterusnya mengelakkan kita daripada sakit atau risiko dek kerana Covid-19.

“Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita perlu pentingkan kesihatan orang sekeliling sebab Covid-19 sangat berbahaya,” katanya di sesi sidang media virtual lagu terbaru nyanyiannya berjudul Veto.

Selain Loca, Veto turut menampilkan tiga bintang hip hop terkenal tempatan iaitu DJ Cza, Tuju dan MK.

Veto sudah berada semua kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Nov 2022
Trending Thu, 5 May 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Trending Thu, 20 Aug 2020

Dr Noor Hisham Abdullah Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Tahniah diucapkan buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Hiburan Thu, 23 Jan 2025

Cinta Kembali Bertaut, Sufian Suhaimi Rancang Berkahwin Tanpa Bertunang 

Sufian Suhaimi kembali bercinta dengan Rania Al Sadat

Featured Mon, 26 Sep 2022
error: Content is protected !!