Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 29, 2021 @ 6:23pm

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu.

Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elizad turut memohon maaf kepada rakan rakan yang cuba menghubunginya untuk bertanyakan khabar.

“Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

“Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab call atau WhatsApp. Harap anak memahami, sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan,” tulisnya.

Elizad turut menambah dia tidak dapat menerima apabila ada orang yang membenci seseorang tanpa sebab.

“Saya dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini. Tak kacau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan, boleh komen dan kritik, janganlah sampai menghina,” katanya.

Terdahulu, seorang netizen menghina Elizad yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul. Malah, individu itu menuduh Elizad tidak menunaikan solat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Akberdin menegaskan, ketika kejadian berlaku prosiding tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak masih berjalan

Trending Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Wed, 11 Aug 2021

“Marah Memang Marah, Tapi..” – Shuib Ulas Isu Influencer Tak Sensitif Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content YouTube

Pelawak Shuib mengakui dirinya hilang kata-kata untuk mengulas isu seorang selebriti media sosial yang menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah dan menjadikan ia sebagai kandungan di laman YouTube. Menurut Shuib, semua pihak seharusnya ada sensitiviti yang […]

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Kanye West and Kim Kardashian Expecting Fourth Child

She told people during a Christmas Eve party while drunk.

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
error: Content is protected !!