Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 1, 2021 @ 5:33pm

Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

Pelakon Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan atau ‘rider’.

Aktif melakukan kerja kebajikan, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat berkenaan.

“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.

“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, golongan penghantar makanan juga menjadi ‘frontliners’ atau pekerja barisan hadapan selama ini demi perut pelanggan ketika zaman pandemik COVID-19.

“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada golongan berkenaan.

“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.

“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran. Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.

Sebagai permulaan, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri Pia ini akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam.

“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak. Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya.

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 Oct 2021

“Selalu Potong Rambut Macam Nak Berperang” – Ibu Berjaya Potong Rambut Anak Ikut Cara Dalam TikTok

Seorang ibu mengalami situasi sukar setiap kali mencuba untuk memotong rambut anaknya yang masih kecil. Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna laman TikTok bernama @chinta_honey87, ia memaparkan teknik istimewa yang digunakan ketika menggunting […]

Featured Fri, 21 Jan 2022
Trending Sun, 6 Jan 2019

Anak Menteri Antara Dua Ditahan Di Pusat Hiburan Kerana Positif Dadah

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Tue, 1 Oct 2024

“Bila Berdiam Diri Banyak Spekulasi Timbul Hingga Jadi Fitnah” – Marissa Dania

Kadang kala perlu bersuara juga kan demi pertahankan diri

error: Content is protected !!