Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 2, 2021 @ 6:10pm

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan pada tahun lalu, Zareef telah menyertai program realiti Vokal Mania di TV3.

Dalam program terbabit, Zareef pernah menewaskan penyanyi Aina Abdul dalam pusingan battle antara rookie dan idol.

Pada tahun ini, Zareef telah mengorak langkah dengan melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Cinta Syurgaku.

Lagu Cinta Syurgaku merupakan lagu ciptaannya sendiri dan telah diberikan susunan muzik indah oleh komposer terkenal tanah air iaitu Audi Mok.

Single solo pertama Zareef ini merupakan percubaannya dalam membina nama dalam industri muzik.

“Idea untuk Cinta Syurgaku ini muncul ketika saya berada di dalam bilik. Semua lagu yang saya tulis adalah berdasarkan kisah yang terjadi di dalam ‘dunia cinta’ saya yang tidak berakhir dengan baik.

“Tetapi apabila saya menulis lirik, saya andaikan cerita cinta itu berakhir dengan happy ending,” katanya.

Jelas Zareef lagi, proses untuk menulis lirik Cinta Syurgaku ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu 30 minit dan proses merekod single ini pula mengambil masa selama 3 jam.

Tambah Zareef, bekerjasama dengan komposer terkenal, Audi Mok merupakan satu penghargaan buat dirinya sebagai pendatang baru di dalam industri muzik Malaysia.

“Saya berterima kasih kepada Warner Music Malaysia atas peluang yang diberikan untuk merakamkan lagu ini. Menerusi Cinta Syurgaku, saya berharap ia dapat mengetengahkan semula bakat saya kepada peminat seni dan pendengar muzik tempatan.

“Harapan saya agar lagu ini akan diterima baik oleh pendengar muzik di luar sana. Mudah-mudahan lagu ini mampu memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dalam masa-masa sukar seperti ini,” jelas penyanyi berusia 21 tahun ini.

Single Cinta Syurgaku terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music manakala video muzik rasmi Cinta Syurgaku boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia bermula 7 Julai 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Mon, 1 Apr 2024

Ada Terima Mesej Wanita Tawar Jadi Madu, Elizad Reda Sekiranya Suami Nak Kahwin Lain Demi Anak

Kuat semangat Elizad, semoga ada rezeki timang cahaya mata ❤️😢

Trending Mon, 3 Jan 2022

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang […]

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Empty Page Kembali Dengan Single Terbaru ‘Menyesal’

Single Menyesal mengangkat tema emosi yang lahir daripada sikap dan keputusan orang lain.

Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham […]

error: Content is protected !!