Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 15, 2021 @ 6:00pm

Semak Cara Mohon Bakul Prihatin Negara, Khas Buat Keluarga Yang Terkesan

Sebanyak RM21 juta diperuntukkan untuk menjayakan inisiatif terbaharu kerajaan, Bakul Prihatin Negara bagi menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan terhadap kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bakul Prihatin Negara adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini.

Bakul Prihatin Negara juga adalah nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat sebagaimana diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Had bantuan Bakul Prihatin Negara

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu bakul prihatin negara sahaja.

Bagaimanapun, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu Bakul Prihatin Negara.

Barangan asas dalam Bakul Prihatin Negara

  1. Beras 5kg
  2. Gula 1kg
  3. Tepng 2kg
  4. Bihun 400gm
  5. Kicap 650ml
  6. Sardin 230gm
  7. Biskut
  8. Kopi

Cara mohon bantuan Bakul Prihatin Negara

Permohonan boleh dilakukan melalui empat kaedah seperti berikut;

  • Hubungi bilik gerakan Jabatan Kebajikan  Masyarakat (JKM) Negeri
  • Hubungi Talian Kasih ditalian 15999 ATAU whatsapp  ke 019-261 5999
  • Hubungi media sosial rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ATAU JKM
  • Hubungi pemimpin tempatan/setempat

Kaedah penyampaian Bakul Prihatin Negara

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Dan pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun ianya bergantung kepada jumlah permohonan harian, jarak dan hari bekerja.

Borang bantuan Bakul Prihatin Negara

Bagi pemohon yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, boleh lah muat turun borang yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Bakul Prihatin Negara, anda boleh menghubungi terus Talian Kasiih 1599 ATAU whatsapp  ke 019-261 5999.

Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui media sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) KPWKM dan JKM atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperoleh di laman web www.jkm.gov.my

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks KPWKM, Putrajaya, hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Dec 2025

Dr. Afifah Tawfek Hadir Majlis Ilmu, Reda Dengan Ujian Rumah Tangga – “Bila Hati Mula Faham…”

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Afifah dilihat mengambil pendekatan menenangkan diri dengan menghadiri majlis ilmu susulan ujian rumah tangga yang sedang dilaluinya.

Featured Wed, 26 Jan 2022
Featured Wed, 1 Dec 2021

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita. Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti […]

Trending Thu, 12 Jul 2018

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Balqis berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer.

#ThrowbackXTRA Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!