Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2021 @ 9:45am

Selepas Berjaya Dengan Single Pertama, Madam Tampil Dengan Musnah

Selepas dikenali menerusi lagu Luka yang meraih lebih 5.1 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan Madam kini tampil dengan single kedua yang berjudul Musnah.

Dianggotai empat jejaka berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar), Musnah dicipta oleh Amy Bong dan Zimi Sofazr.

“Kami sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Madam.

“Segala kerja keras kami berempat selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila band kami mula mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan.

“Musnah dilancarkan melalui sebuah kerjasama antara Rocketfuel Entertainment dan JOOX, sebuah aplikasi penstriman atas talian yang popular. Kerjasama itu terbukti berjaya apabila lagu tersebut memperoleh jumlah penstriman yang begitu tinggi sekali.

“Kami sama sekali tidak menjangkakan respon sebegini pada mulanya. Namun dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak label, kami beranikan diri dan mencuba nasib. Alhamdulillah, ia membuahkan hasil yang tidak sia-sia,” kata Putera.

Walaupun Madam mula diperkenalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukanlah alasan bagi mereka untuk berdiam diri dan terus merebut peluang yang diberikan dalam dunia serba digital sekarang.

“Ramai yang mengenali Madam sebagai sebuah band rock, tetapi bermacam genre lain yang ingin kami cuba dan belum diterokai namun dalam masa yang sama masih mengekalkan elemen rock.

“Jangan lupa untuk menantikan karya terbaru yang bermutu daripada kami tidak lama lagi. Kami berharap agar peminat muzik di luar sana terus memberikan sokongan yang padu dalam usaha Madam memartabatkan muzik Malaysia,” kata Fadhil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Thu, 13 Mar 2025

“Mungkin Ada Perbuatan Saya Yang Jijik Atau Meluat” –  Rosyam Nor Syukur Watak Iman Cetus Pelbagai Reaksi Penonton

Rosyam Nor saran penonton tidak menilai drama Keluarga Itu berdasarkan klip pendek

Featured Fri, 2 May 2025

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan buat netizen.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

“Suami Saya Memang Ada Tatu, Tapi Itu Dulu” Lana Nodin ‘Back Up’ Suami

Bagi Lana, netizen tidak perlu mencetuskan kontroversi mengenai suaminya. Sepatutnya, tidak perlu pun memberikan komen sebegitu kerana bimbang mendatangkan syak wasangka yang negatif

Trending Fri, 11 Jan 2019

KTM Beroperasi Tanpa Henti Selama 4 Hari Sempena Thaipusam

Perkhidmatan tren ulang-alik dari Batu Caves-Sentul-Batu Caves turut disediakan buat penumpang bagi mengelakkan kesesakan di Stesen Batu Caves.

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

“Rancang Balik Diam-Diam, Tapi Akhirnya Disambut Luar Biasa” – Musa Nuwayri

Musa Nuwayri perancangan asal itu berubah apabila maklumat mengenai ketibaan mereka ‘terbocor’

error: Content is protected !!