Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2021 @ 5:45pm

Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Turun Padang Bantu 200 Abang Rider

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman turun padang membantu kira-kira 200 orang penghantar makanan.

Menjalankan program kemasyarakatan anjuran jenama kosmetik miliknya, Mikaseries, Zoey memberikan fokus untuk membantu mereka yang mencari rezeki dengan menjadi ‘rider’ makanan.

Program yang diberi nama Mikaseries Peduli turut disertai oleh pelakon Zarina Anjoulie dan ia berlangsung di stesen Petronas cawangan Taman Segar, Cheras, sebentar tadi.

“Menerusi program ini, kami memberikan fokus kepada untuk menyumbangkan petrol, makanan dan barangan keperluan kepada golongan penghantar makanan.

“Sebelum ini, banyak sumbangan diberikan kepada ibu tunggal, asnaf dan golongan lain yang berbentuk barang keperluan harian. Jadi kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan penghantar makanan yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zoey juga bersyukur kerana perjalanan program ini berlangsung seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami juga mendapat kerjasama Bigmouth, McDonald’s Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Zarina Anjoulie kerana sudi untuk sama-sama turun padang dan memberikan sumbangan peribadinya kepada golongan rider hari ini.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kami akan teruskan lagi program ini di masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Nov 2021

“Macam Budak Sekolah Jadi Suami” – Drama Belum Keluar Tapi Dah Kena Kritik, Ini Respons Afieq Shazwan

Biarpun drama lakonannya belum ditayangkan, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendapat tempias kritikan netizen. Semuanya gara-gara watak suami yang dibawakan oleh Afieq menerusi drama bersiri Diari Seorang Suami yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3 […]

Featured Tue, 31 May 2022
Featured Tue, 7 Mar 2023
familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Ruang Playroom Bilal, Neelofa Buat Ramai Teruja! – “3D Wallpaper, Barang Beli Di Amazon”

Wahhh, seronoknyaa banyak toys Bilal 🤩🤩 Jauh tu beli barang dari UK & US fuhhh🤩🤩🤩

Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

error: Content is protected !!