Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 26, 2021 @ 12:54pm

“Bukan Saya Yang Songlap Duit RM70,000 Andi Bernadee” – Amir Hasan Terkejut Kena Serang Dengan Netizen

Penyanyi Amir Hasan mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai suspek kes songlap duit penyanyi dan pelakon Andi Bernadee.

Semalam, Andi membuat laporan polis berhubung kerugian sebanyak RM70,000 yang dialami selepas ditipu oleh rakan baiknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sudah Kacau Periuk Nasi Saya…” – Andi Bernadee Tak Sangka Kawan Baik ‘Songlap’ RM70,000

Selepas berita itu hangat diperkatakan, netizen mula ‘menyerang’ ruangan komen Instagram Amir.

“Ia bermula di TikTok. Ada pihak yang memuat naik sedutan temu bual Andi selepas membuat laporan polis berhubung kes terbabit. Selepas itu, di ruangan komen, ada pula netizen ‘petik’ nama saya dan perkara terbabit terus melarat sehingga akaun Instagram saya.

“Saya sendiri hairan kenapa saya menjadi mangsa. Bukan saya yang songlap duit Andi. Kami memang baik sebagai rakan artis dan kami juga bernaung bawah label sama, Warner Music tapi bukan saya orangnya.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Andi dan dia juga pelik kenapa nama saya terkait dalam isu ini. Ramai yang terus menuduh tanpa usul periksa dan membanjiri ruangan komen Instagram saya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Bicaramu itu, dia memohon agar warganet tidak terburu-buru dalam membuat tuduhan.

“Mereka mengeluarkan pelbagai perkataan yang kesat dan tak boleh diterima. Ada yang siap mengaitkan nama bapa saya, sedangkan bapa saya sudah meninggal dunia. Itu yang saya kesalkan.

“Saya faham dengan kuasa netizen tapi saya bukanlah orang yang dimaksudkan. Sebelum menyerang, selidik dahulu dan tak usah bertindak melulu,” katanya lagi.

Terdahulu, label yang menguruskan Amir dan Andi, Warner Music turut mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini.

“Kami di Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee dan juga Amir Hasan ingin menyatakan bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ‘Songlap Duit’ yang telah dilaporkan oleh Andi Bernadee semalam.

“Kes tuduhan terhadap Amir Hasan ini mula tular di TikTok apabila seorang pengguna TikTok telah menuduh Amir Hasan sebagai rakan yang telah ‘mencuri’ duit Andi dan akaun Instagram Amir telah di serang oleh sebilangan netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan kenyataan ini, kami ingin menafikan penglibatan Amir Hasan terhadap kes ini seperti yang telah dituduh oleh sebilangan netizen

“Kami dari pihak Warner Music Malaysia mewakili Andi Bernadee dan Amir Hasan juga ingin berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya mereka selama ini,” tulis kenyataan terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jan 2022

Gagal Merentasi Sungai, Warga Emas Maut Dihanyutkan Arus Deras

Seorang warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Lininkung, Telupid untuk menuju ke rumahnya pada Ahad. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Trending Wed, 19 Aug 2020

Guru Dan Murid Positif Covid-19, KKM Arah Sekolah Ditutup

Covid-19 masih aktif. Terus patuhi SOP!

Events Fri, 4 Jul 2025

‘Sentuhan Wira’ Filem Aksi Sukan Kebangsaan Diangkat Ke Layar Perak, Adaptasi Kemenangan Piala Thomas 1992

Filem ini turut mendapat sentuhan Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.

Featured Wed, 19 May 2021

“Demi Allah, Kami Tidak Bernikah” – Sijil Nikah Tular, Nora Jawab Dakwaan Kahwini Menteri

Berikutan tular di media sosial penyebaran sijil kahwinnya bersama Tan Sri Anuar Musa, Datuk Nora Ariffin tampil mengulas bahawa berita tersebut adalah palsu dan boleh mengundang fitnah. “Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri […]

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

Aman Shah Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah 🤲🏼

Trending Tue, 23 Jun 2020

Senarai Bantuan Khas Kerajaan Untuk Rakyat Akibat COVID-19, Cara Mohon Bantuan

Ramai yang tak tahu sebenanrya korang boleh mohon banyak bantuan. Jom tengok!

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

error: Content is protected !!