Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 1, 2021 @ 6:40pm

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia.

Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa mengira bangsa kita, darah kita, Adam mahupun Hawa.

Ini adalah untuk mencapai keingkatan diversiti dan keharmonian yang lebih baik, demi negara tercinta.

Mike Manicka bersama Asmidar yang muncul dengan idea dan konsep kreatif menggabungkan 31 anak anak seni untuk mendedikasikan rasa cinta kepada negara semperna Hari Merdeka ke-64 dan juga Hari Malaysia.

“Saya tahu video ini tidak sempurna, tapi perkara terbabit yang menyatukan kita dan ia juga memberi peluang kepada wajah-wajah pentas yang jarang dilihat di kaca televisyen,” kata Mike.

Melalui gabungan bacaan sajak ‘Erti Kemerdekaan’, lagu patriotik ‘Malaysia Tanah Airku’ dan juga bacaan ikrar, video dengan durasi 6:18 minit ini menyuntik semangat patriotik dalam suasana sayu.

“Projek ini mungkin kecil, akan tetapi projek inilah yang menyatukan anak-anak seni dari pelbagai bidang tanpa mengenal warna kulit kerana seni tiada sempadan,” ulas Asmidar, penyanyi yang popular dengan lagu Biar Sampai Ke Bintang.

Selain Fauziah Nawi yang mendeklamasi sajak pada pembukaan, Asmidar, Rio Siwas, Melissa Ong, Nave Vj, Fiza Thomas, Brian Chan, Nadia Aqilah, Kayilainaathar, Bihzhu, Fitri Hiswady, Pavy, Anding Indrawani, Ku, Hans Shahredza, Lilo Lillove, Elvira Arul, Alesia Dhana yang menyumbangkan suara, manakala Karl Shafek, Nasz Sally, Ah Chai, Yusof Hashim, Farah Ahmad, Faez Malek, Prem Sagar Krishnan, Sri Idrina, Akmal Ahmad, Lavinya KC, Naque Ariffin, Chopie Cakap, Mei Fan dan Amandus Paul telah menyampaikan bacaan ikrar.

Muzik lagu Malaysia Tanah Airku telah digubah semula oleh penyanyi dan juga penerbit muzik Damian Mihkail dan Harith Augustin.

“Saya suka dengan video ini, saya tonton berulang kali dan meremang bulu roma saya. Saya rasa sedih pada masa yang sama rasa bangga kerana dapat berkerjasama dengan anak anak muda dalam projek ini,” kata Fauziah Nawi.

Kempen ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial sesama anak anak seni dalam terus memupuk rasa cintakan negara melalui pendekatan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Rambut Ala Tempurung, Aedy Ashraf Kembali Menjadi Sebutan

Alamak, rare juga style macam ni kan?

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Viral Kerana Sering Tiru Suara Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan & Nabila Razali, Kini Amsyar Leee Muncul Dengan Single Sendiri

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri […]

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

Azmir Saifuddin Dilantik Semula Sebagai CEO FINAS, Fokus Kepada Reformasi & Pembangunan Industri Kreatif Negara

Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Featured Wed, 21 Dec 2022

“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Bukan senang kan nak besarkan anak lebih-lebih lagi zaman sekarang ni..

Hiburan Fri, 10 May 2019

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Layan Drama Terbaru “The Promise” Di 8TV

Drama konflik keluarga antara dua zaman, jangan lupa saksikan The Promise di 8TV!

Featured Wed, 19 Apr 2023

Rohana Jalil Semakin Kritikal Dalam ICU -“Dia Bernafas Menggunakan Bantuan Oksigen”

Allahu! Moga diberikan keafiyatan di bulan ramadan ini💖

error: Content is protected !!