Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2021 @ 12:30pm

“Kalau Ibu Ada Dia Pukul Tak?” – Netizen Sebak Tengok Anak Allahyarham Siti Sarah Kena Marah

Rata-rata netizen sebak apabila melihat ketiga-tiga anak Allahyarham Siti Sarah dimarahi oleh datuk mereka, Raissuddin Hamzah.

Perkongsian video berdurasi 3.38 saat itu dimuat naik menerusi akaun instagram Allahyarham dan kini telahpun ditonton sebanyak 928,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

“Awak semua ini dipanggil anak yatim sebab tiada ibu.”

Menurut netizen, itu antara ayat yang membuatkan netizen sebak sehingga ada diantara mereka yang menangis melihat ketiga-tiga anak Allahyraham dimarahi datuknya selepas dikatakan bergaduh sesama sendiri.

“Cara betul, tapi kasar sikit…”

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang kurang bersetuju dengan cara teguran Raissuddin yang dianggap sedikit ‘kasar’ apatahlagi anak-anak ini baru sahaja kehilangan ibu mereka.

“Atok marah sebab sayang, mungkin macam tu lah atok didik ibu dulu…”

Malah, tidak kurang juga yang bersetuju dengan cara teguran sebegitu kerana secara tidak langsung, tindakan tersebut boleh membentuk akhlak dan hubungan silaturrahim sesama mereka terutamanya ketika ibu mereka sudah tidak ada disisi.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19 dan disemadikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Apr 2018

Siapa Kata Nak Buat Mini Pavlova Susah? Senang Saja, Jom Cuba!

Teringin nak makan pavlova tapi tak tahu cara nak buatnya? Jom tengok resepi ni.

Hiburan Mon, 25 Mar 2019
Trending Wed, 10 Oct 2018

Lelaki Taiwan Ini Minta Bantuan Kerana Keliru Dengan Simbol Jantina Pada Tandas

Kalau anda hebat, mana satu tandas lelaki dan tandas wanita?

Trending Sat, 18 Jul 2020