Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin September 7, 2021 @ 9:59pm

“Tak Wajar Beri Ganjaran Kepada Ziyad Zolkefli” – Bekas Ketua Pengarah MSN

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong memaklumkan, cadangan untuk memberikan ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas kemenangan dibatalkan serta pingat emasnya ditarik balik di Paralimpik Tokyo 2020 dianggap tidak wajar.

Menurutnya, insiden yang berlaku harus dijadikan pengajaran buatt semua atlet kerana beliau beranggapan apa yang berlaku sebagai  ‘kegagalan adalah kegagalan’.

Justeru itu, sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak negatif pada masa depan sekiranya situasi sama turut berlaku kepada atlet lain.

“Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagal. Jadi, bagaimana kita nak menafikan kegagalan itu?

Selain itu, Zolkeples turut bersimpati terhadap Ziyad namun, perkara itu harus diakui oleh semua pihak.

“Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak ‘menangguk di air keruh’, kononnya nak tunjuk simpati. Saya pun simpati. Kalau nak dikirakan nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana sayalah yang mula membawa Ziyad sewaktu saya Ketua Pengarah MSN.

“Kejayaan Ziyad bermula di London 2012, pada masa itu saya ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa,” jelasnya.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Penarikan Semula Emas Kedua Buat Negara Kekal, Ziyad Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak Luar Biasa & Paling Hebat Dalam…” – KJ Tampil Titip Semangat Buat Ziyad Zolkefli

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Kemenangan Ziyad Dibatalkan, Instagram Atlet Ukraine Diserang Netizen Malaysia

 

Sumber:BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…

Events Mon, 5 Mar 2018

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

Trending Wed, 20 May 2020
Featured Sun, 7 May 2023
Trending Sun, 7 Jun 2020
Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!