Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 9, 2021 @ 11:48am

Jom Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 September Ini Mengikut Kategori Sehingga RM1,400

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sejak tahun 2021. Bantuan ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang.

Manakala, bayaran dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi fasa 1, bayaran telahpun dilakukan pada 24 Februari lalu dan fasa ke-2 telahpun dilaksanakan pada 7 Mei 2021.

Kadar bayaran BPR 2021 Mengikut Fasa

Bayaran BPR 2021 akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa seperti berikut;

Selain itu berikut merupakan kadar bayaran bagi permohonan baharu BPR 2021 ATAU yang tidak menerima bayaran fasa 1.

Kaedah bayaran BPR 2021

Pembayaran BPR2021 akan dilakukan dengan kaedah berikut;

  • Berjaya kredit ke akaun bank

– pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pmohon/pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR  2021 secara berperingkat

  • Tunai di kaunter BSN
  • pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya;-

a) Tidak  melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021, ATAU

b) Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit

Semak status kelayakan BPR 2021

Untuk menyemak status kelayakan BPR fasa 3 anda, sila semak dilaman web rasmi bpr.hasil.gov.my

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, BPR fasa 3 iaitu merupakan pembayaran fasa terakhir berjumlah RM2.32 bilion akan mula diagihkan pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan kelak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 May 2023
Trending Thu, 26 Jul 2018

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Letak Jawatan

Khazanah Nasional, dalam satu kenyataan, memaklumkan tawaran itu dibuat bagi membantu memudahkan peralihan yang teratur di bawah kerajaan baharu di bawah Pakatan Rakyat.

Hiburan Tue, 2 May 2023
Featured Sun, 2 Dec 2018

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Bersenam secara berkumpulan dapat mengembalikan keghairahan kamu untuk menjalani hidup sihat.

Trending Wed, 21 Nov 2018

E-Cigarettes and Vapes are 95% Safer Than Cigarettes

So it’s actually better to move onto these electronic devices rather than smoke those old school sticks…

Featured Thu, 20 Feb 2025

Dilantik Jadi Duta, Ummi Nazeera Terbuka Anak Ceburi Bidang Seni Dengan Syarat…

Ummi tidak memaksa namun, mahu anaknya fokus dan seimbang dalam pelajaran.

error: Content is protected !!